Di Malaysia masalah penimbunan sampah
sarap semakin kronik sehingga menyebabkan orang ramai marah. Di Selayang
ada sebuah landfill yang kalau hujan sahaja semerbaklah bau sampah
penghuni yang duduk berdekatan. Pernah keluar TV3 lengkap dengan laporan
Karam Singh Walia tetapi sehingga kini masalah belum selesai.
Hari ini mari lihat bagaimana Singapura menguruskan sisa pejal mereka.
Pulau Semakau ialah pulau sampah yang kini ditambak menggunakan sisa
sampah dari pulau ini sendiri. Pulau Semakau pada asalnya ialah sebuah
perkampungan nelayan dan menjadi syurga pemancing. Ia dibuka pada tahun
1999 sebagai satu-satunya tempat pelupusan sampah pejal negara ini.
Debu dari sampah yang dibakar dari empat pusat pembakaran sampah
Singapura dibawa ke Pulau Semakau pada waktu malam untuk dijadikan bahan
tambakan. Jika dilihat dari udara ada terdapat kolam-kolam air yang
menanti untuk diisikan oleh debu-debu sampah ini. Tak perlu import tanah
dari Johor untuk menambak!
Walaupun ianya hanya seluas 3.5 kilometer persegi, Pulau Semakau
dijangka dapat menampung sampah Singapura sekurang-kurangnya sehingga
2045. Agensi Alam Sekitar Kebangsaan Singapura percaya dengan pengurusan
sampah dan kempen kesedaran kitar semula pulau ini boleh digunakan
dengan lebih lama lagi.
Paling menarik tentang Pulau Semakau ialah ianya kini sebuah pulau
hijau. Warga Singapura boleh melawat pualu ini untuk beriadah dan
menikmati keindahan alam. Yes this sounds crazy tetapi pulau Semakau
juga merupakan GREEN LUNG yang bersih tanpa sebarang pencemaran. Anda
boleh piknik tanpa diganggu bau busuk. Pulau Semakau termasuk di dalam
senarai 9 projek mesra alam paling menakjubkan di dunia. Respect!
No comments:
Post a Comment