4 Hotel Yang Paling Menyeramkan Di Dunia |
Di sini ada beberapa buah hotel yang dikatakan paling seram dan
menakutkan di dunia. Pelbagai kisah seram yang diceritakan dari
hotel-hotel ini.. Nak tahu kenapa hotel-hotel ini dikatakan paling
menyeramkan di dunia?
1. Hotel Crescent
Dibangunkan pada tahun 1886, Hotel Crescent dipercaya sebagai hotel
paling seram di Amerika. Ceritanya bermula ketika hotel ini jatuh
bangkrap dan kemudian dibeli oleh Norman Baker pada tahun 1937 untuk
diubah menjadi Yayasan Penyembuhan Kanser. Ramai pesakit yang datang dan
yang tidak sembuh akhirnya meninggal di hotel ini. Sejak itulah, para
arwah pesakit banyak yang gentayangan dan sering menampakan diri.
2. Hotel Queen Mary
Pada
awalnya Queen Mary adalah kapal pesiaran mewah. Ia mampu berlayar
mengharungi Lautan Atlantik kerana kecanggihannya. Saat terjadi perang,
kapal ini diambil alih oleh pasukan militer “The Grey Ghost” untuk
menjalankan misi perang. Saat itu Queen Mary telah berlanggar dengan
kapal HMS Curacao sehingga menyebabkan kapal terbelah dua dan 300 orang
anak kapal meninggal dunia. Setelah dijadikan hotel, kelihatan banyak
hantu bergentayangan di Queen Mary.
3. Lizzie Borden Bed and Breakfast
Hotel ini menjadi angker pada 4 Ogos 1892,
ketika seorang anak bernama Lizzie Borden membunuh secara kejam ayah
dan ibu tirinya menggunakan kapak. Abby borde, ibu tirinya ditemukan
mati di antara tempat tidur dan almari pakaian dekat ruang tamu. Dan
ayahnya di bawah sofa. Lizzie akhirnya dihukum di Fall River dan
meninggal dunia tahun 1927. Ketiga-tiga arwah tersebut kerap gentayangan
mengganggu pengunjung hotel.
4. The Old Spot Hotel
Hotel ini merupakan bangunan pertama yang dibangun di Kota Grawler,
Australia bagian selatan tahun 1980. Bangunan itu telah dijadikan
pejabat yang menjalankan aktiviti perniagaan. Setelah beberapa tahun
kemudian, gedung ini diubah menjadi hotel. Sejak itulah sering muncul
kejadian-kejadian mistik misalnya penampakan hantu yang salah satunya
yang sering muncul adalah hantu anak kecil. Kisah angker di Old Spot
terbukti pada tahun 1990 apabila seorang tetamu dengan tidak sengaja
telah menangkap 3 gambar hantu melalui kameranya.
No comments:
Post a Comment