Majoriti pengeluar kenderaan kini
menghasilkan kenderaan elektrik ataupun hibrid mereka kerana umum
diketahui bahan api fossil akan kehabsan. Formula E ialah perlumbaan
kerete elektrik utama yang dibawah payung FIA dan ianya akan bermula
September 2014. Formula E Spark-Renault ialah kenderaan yang bakal
digunakan oleh kesemua pasukan yang mengambil bahagian. Kenderaan ini
adalah elektrik sepenuhnya dan mempunyai motor dengan kemampuan270 kuasa
kuda yang mampu memecutkan kereta ini ke kelajuan maksimum 220 kmj .
Kerana ianya kenderaan elektrik walaupun pada kelajuan maksimum ia hanya
akan menghasilkan 80 desibel bunyi berbanding 147 decibel yang
dihasillan kereta F1. Bandar-bandar yang bakal menjadi litar perlumbaan
Formula E ialah Beijing, Putrajaya, Hong Kong, Punta del Este, Buenos
Aires, Los Angeles, Miami, Monte Carlo, Berlin dan London. Yep tahun
hadapan pada 18 Oktober anda boleh melihat sendiri perlumbaan ini di
Putrajaya. Mark your calender!
No comments:
Post a Comment