Kota London dipenuhi dengan penunggang
basikal dan setiap tahun ratusan meninggal dunia kerana digilis.
Penunggang basikal di Londonsudah mencuba selama beberapa tahun supaya
undang-undang jalan raya diubah bagi memastikan keselamatan mereka
dijamin. Bulan November yang lalu 6 orang penunggang basikal mati
digilis. Jumaat lalu seramai 1000 orang penunggang basikal"mati" secara
beramai-ramai bagi memprotes kenyataan Datuk Bandar London Boris Johnson
yang menyalahkan pemandu basikal sepenuhnya atas jumlah kematian yang
tinggi. Demo mati beramai-ramai ini diadakan di hadapan ibu pejabat
Transports of London. Mereka mendesak supaya undang-undang digubal bagi
memastikan keselamatan mereka dan pembinaan lebih banyak lorong basikal
yang menelan belanjaGBP 600 Juta.
No comments:
Post a Comment