"Unsinkable Sam" adalah gelaran untuk
seekor kucing di atas kapal sebuah kapal Jerman dalam Perang Dunia II.
Mempunyai kucing di atas kapal perang pada waktu tersebut adalah sesuatu
yang biasa berlaku selama beratus-ratus tahun yang lalu, kerana
kemampuan mereka untuk menangkap tikus di dalam tempat menyimpan bekalan
makanan. Kucing ini mula dibela di dalam kapal Bismarck semasa misi
pertama kapal tersebut pada 18 Mei 1941.
Selepas pertempuran laut pada 27 Mei, Bismarck telah tenggelam dan hanya 115 daripada 2,200 anak kapal terselamat.
Sam turut ditemui terapung di atas papan oleh pihak British. Mereka
kemudian mengambilnya bekerja di atas kapal (dan menamakannya Oscar) di
HMS Cossack, sehingga ia terkena tembakan torpedo pada 24 Oktober dan
tenggelam tiga hari kemudian. Walaupun 159 orang anak kapal mati akibat
serangan torpedo berkenaan, "Oscar" walaubagaimana pun telah
terselamat.
Beliau juga telah dinamakan "Unsinkable Sam" dan telah dipindahkan ke
kapal pengangkut pesawat HMS Ark Royal, yang telah memainkan peranan
dalam memusnahkan kapal Bismarck.
No comments:
Post a Comment