Sudah pasti ia hanyalah sebuah gambar
tunggal, dan ya, mereka mungkin tidak pernah perasan akan kelibat
makhluk asing itu sehinggalah apabila mereka telah melihat dan meneliti
gambar tersebut. Walaubagaimana pun, sebelum gambar tersebut diambil,
sudah terdapat pelbagai laporan yang dibuat mengenai kelibat imej
misteri itu.
Sebagai contoh dalam kejadian di Voronezh, Rusia pada 27 September 1989,
beberapa orang kanak-kanak melihat kelibat makhluk asing yang
berketinggian 9 kaki tinggi dengan sebuah robot pengiring jalan bersama.
Bahkan di Taiwan pada Disember 2012, seorang pegawai polis di kawasan
gunung tanpa sebarang pokok telah melihat makhluk asing dengan
ketinggian sama seperti dalam gambar ini. Apa yang boleh dikatakan,
kewujudan makhluk asing ini adalah benar dan ia masih berada diluar
sana.
Menurut pihak ADGUK News, sekumpulan pendaki muda telah menegaskan yang
mereka telah berjaya menangkap gambar makhluk asing tinggi berwarna
kelabu di dalam sebuah hutan tebal di berhampiran Plovdiv, Bulgaria.
Kumpulan itu mula mendaki di Yundola, iaitu sebuah kawasan padang rumbut
yang besar antara pergunungan Rila dan Rhodoppe, apabila mereka
terserempak dengan makhluk misteri ini. Salah seorang dari mereka telah
berjaya merakam imej makhluk asing ini.
No comments:
Post a Comment