Nampaknya, masalah penipuan pelanggan oleh
P1 Wimax semakin menjadi-jadi. Pihak P1 seperti enggan mengambil
tindakan mententeramkan pengguna mereka yang kini telah pun menubuh satu
group di Facebook dengan penyertaan seramai 12,243 pengguna Facebook.
Group Facebook yang menggunakan nama P1 Wimax Sucks itu kini mendapat
perhatian orang ramai termasuk wartawan dari Malay Mail. Segala apa
ketahian yang dilakukan oleh pihak P1 Wimax akan dibongkarkan tidak lama
lagi.
tersebarnya satu gambar di mana cawangan kecil P1 Wimax di Selayang Mall
telah diserang oleh penggunanya yang berang dengan tindakan P1 Wimax
yang telah menyebabkan dirinya di CTOS walaupun dia telah berhenti
melanggan perkhidmatan P1 Wimax.
Tiada cerita yang sahih mengenai kejadian tersebut. Apa yang pasti,
kedai agen P1 Wimax berkenaan teruk di serang oleh penggunanya.
Juga didedahkan di sini, P1 Wimax kini menggunakan khidmat orang luar
untuk memunggut hutang pengguna yang masih belum diselesaikan. Jawatan
pemunggut hutang P1 Wimax itu dibayar dengan upah sebanyak RM7,000
sebulan. Tidak hairanlah P1 Wimax begitu agresif bertindak mengutip
hutang dari pengguna yang tidak bersalah kononnya mereka hanya mengikut
undang-undang.
Semakin lama, semakin banyak pendedahan dikongsikan dalam group
tersebut. Sehingga pelbagai inisiatif dilakukan oleh mereka yang
prihatin termasuk mengajak orang awam memboikot P1 Wimax seperti di
bawah:
Juga, pelbagai gambar yang melibatkan P1 Wimax digunakan untuk
menjelaskan kepada orang ramai bahawa P1 Wimax sudah tidak lagi relevan
untuk dilanggan.
No comments:
Post a Comment