Gosip percintaan pelakon dan pengarah muda Syamsul Yusof dan pelakon cantik Puteri Sarah Liyana sudah lama tersebar. Tetapi berita kali ini mungkin bakal membuat ramai hati wanita diluar sana terkedu.
Ibu aktor lelaki itu, Datin Patimah Ismail telah mengesahkan bahawa dia dan suaminya Datuk Yusof Haslam sudahpun merisik Puteri Sarah semalam dan bakal melangsungkan penikahan Syamsul pada Februari ini.
Majlis risik itu berlangsung di rumah keluarga Puteri Sarah di Sri Damansara dan kedua-dua pihak bersetuju untuk mempercepatkan penikahan atas permintaan Syamsul.
“Majlis merisik itu diadakan secara ringkas dan saya telah menyarungkan sebentuk cincin di jari Sarah namun tiada sebarang majlis pertunangan diadakan kerana Syamsul mahu bernikah terus dengan Sarah.“Insya-Allah mereka akan disatukan pada Februari ini namun pihak kami masih berbincang tarikh sesuai untuk mengadakan majlis itu,” katanya pada petang Isnin.
Menurut Datin Fatimah, anaknya Syamsul menyampaikan hasrat untuk memperisterikan Sarah sebaik sahaja pulang daripada mengerjakan umrah di Mekah pada 28 Disember lalu. Syamsul juga yakin Sarah adalah pilihan terbaik untuk dijadikan isteri.
“Kata Syamsul sepanjang berdoa di Mekah dia hanya nampak Sarah sebagai calon isterinya dan membuatkan dia lebih yakin untuk memperisterikan wanita itu.“Sekembalinya dia dari Umrah dia menyatakan hasratnya dan sebagai ibu sudah tentu saya berasa gembira dengan keputusannya itu,” jelasnya.
Datin Patimah juga berkata, pihaknya merancang untuk mengadakan majlis sambut menantu bersama-sama dengan anak bongsunya, pengarah, Syafiq Yusof yang akan turut berkahwin pada Jun depan. Sebagai ibu dia menerima pilihan anaknya itu kerana kebahagiaan Syamsul adalah kegembiraan buatnya dan suami, Datuk Yusof Haslam.
Gambar dari Forum Cari.
OHMEDIA: TAHNIAH. KAMI SERONOK SYAMSUL PILIH PUTERI SARAH. MEMANG SESUAI DAN BAGAI PINANG DIBELAH DUA.
No comments:
Post a Comment