Saturday, March 22, 2014

#PrayforMH370 : PESAWAT MH 370 DAH DIJUMPAI...KENAPA KE AUSTRALIA?


Perdana Menteri Tony Abbot telah memaklumkan kepada Perdana Menteri Malaysia DS Najib Tun Razak bahawa Australian Maritime Safety Authority (AMSA) telah mengesan 2 imej satelit di 2,500km ke tenggara Perth, Australia di Lautan Hindi sepanjang 24 meter (79 kaki) samada badan atau sayap pesawat di kedalaman 3,000 - 4,000 m ke dasar laut yang tidak ketahui bentuk muka buminya!.

Pesawat RAAF Orion dan Charlie Australia serta pasukan maritim dan tentera laut mereka sedang melakukan siasatan.


Marilah kita bersama-sama berdoa dan berharap. Namun sebaik-baiknya kita jangan membuat pelbagai spekulasi lagi. Kita juga berharap imej itu bukan bangkai pesawat. 

Masih ingat imej satelit China pada tempoh hari?

Kepada Allah jua kita memohon keselamatan.

No comments:

Post a Comment