Monday, March 24, 2014

Jawapan Kepada "Pakar Teknologi Media Sosial" Dalam Operasi SAR #MH370




Misteri kehilangan Penerbangan Malaysia pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing masih belum terjawab. Hari ni masuk hari ke-3 pesawat ini hilang secara tiba-tiba ketika melalui ruang udara Vietnam. Selepas kejutan kehilangan pesawat hilang, susur masa media sosial kami mula dipenuhi dengan pelbagai teori dari “pakar” yang pada pendapat kami kurang faham tentang teknologi yang ada di sekeliling kita.

Artikel ini ditulis bagi memberikan sedikit pencerahan tentang teknologi yang digunakan bagi mencari pesawat yang hilang serta jawapan kepada beberapa kenyataan kurang pintar yang muncul secara pukal sejak 36 jam yang lalu. Kami merasakan kami mempunyai tanggungjawab sosial untuk memberi penerangan tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam operasi menyelamat ketika ini.

Soalan : Kenapa Google Earth Tidak Digunakan Untuk Mencari Lokasi Pesawat Yang Hilang?

Ini antara tuitan yang kami lihat mula tersebar sejak petang semalam. Ramai yang ketawa dengan cadangan ini tetapi sebenarnya ianya bukanlah sesuatu yang mustahil. Buat masa sekarang gambar pemetaan Google Earth hanyadikemas kini setiap 1 ataupun 3 tahun bergantung pada lokasi. Di Amerika Syarikat kemas kini ini dilakukan dengan kerap kerana adanya permintaan dari pengguna yang mahukan data terkini dari pandangan angkasa. Di Malaysia kami tidak pasti berapakah kekerapan kemas kini dilakukan tetapi kami mengesyaki ianya mungkin setiap 3 tahun kerana beberapa bangunan yang telahpun siap dibina di Cyberjaya 2 tahun yang lalu masih belum muncul di Google Earth.

Dalam situasi sekarang penggunaan Google Earth untuk membantu proses mencari pesawat yang hilang masih mustahil. Tetapi tahukah anda Google sudah melakukan inisiatif untuk menjadikan ini sebuah realiti. Januari lalu ada Google melakukan pelaburan terhadap 2 syarikat pengimejan satelit Planet Labs dan Skybox. Melalui Planet Lab mereka mahu membantu proses pengimejan terkini kawasan yang dilanda bencana alam yang dilakukan beberapa kali sehari. Ini bagi membantu pihak berkuasa untuk melihat situasi terkini kawasan yang dilanda bencana sekaligus membolehkan mereka memberikan bantuan kepada kawasan yang paling teruk terjejas.

Melalui Planet Labs beberapa satelit nano akan mengorbit bumi bagi memberikan kemasan imej apabila diperlukan. 24 satelit nano Planet Labs sudah dilancarkan setakat ini dengan lebih banyak lagi akan menyusul di masa hadapan. Satelit mini ini hanya seberat 5.7 kilogram. Ia mempunyai ukuran 100 mm × 100 mm × 340 mm dengan dua panel solar 260 mm × 300 mm. Ia akan mengorbit bumi dari ketinggian 800 kilometer.


Skybox pula akan membolehkan anda melihat mana-mana lokasi di bumi secara langsung untuk tempoh masa 90 saat. Teknologi Skybox masih lagi baru dan di bawah ialah video awal yang dibekalkan oleh Skybox. Ia hanya mampu mengambil video hitam putih dengan resolusi 1 pixel semeter. Di masa hadapan apabila teknologi menjadi lebih matang kemampuan menstrim video langsung menerusi Google Earth mungkin akan menjadi realiti.

Jadi jangan ketawakan insan yang menyuruh MAS dan kerajaan Malaysia menggunakan Google Earth bagi membantu proses mencari kerana teknologinya sudah ada cuma masih belum matang dan dicapai oleh umum.

SOALAN : Kenapa kita masih menggunakan kotak hitam? Kenapa data penerbangan dan audio kabin tidak dimuat turun secara langsung ke menara kawalan?

Sebelum bercerita tentang penggunaan Black Box ataupun nama betulnya Pencatat Data Penerbangan (Flight Data Recorder) ada baiknya jika kami menceritakan sedikit sebanyak tentang sejarah “kotak hitam” ini. Rekod awal penggunaan alatan untuk merekod penerbangan pesawat bermula pada tahun 1939 oleh François Hussenot dan Paul Beaudouin. Kamera dipasang pada pesawat bagi merekod cara pesawat diterbangkan oleh juruterbang. Jika kecelakaan berlaku gambar dari kamera boleh diproses untuk melihat saat-saat akhir sebelum pesawat terhempas. Sistem ini mempunyai kelemahan kerana pita filem tidak boleh diguna semula untuk penerbangan seterusnya selepas didedahkan kepada cahaya. Sistem ini adalah mahal dan tidak praktikal. Ia juga tidak merekod audio percakapan juruterbang,

Pada tahun 1956 sistem merekod data penerbangan dicipta oleh David Warren yang berasal dari Australia. Sistem merekod data penerbangan dan audio kokpit pesawat ini dicipta beliau selepas berlakunya insiden 3 kemalangan pesawat DeHaviland Comet, pesawat jet komersial pertama dunia di antara 1953-1954. Beberapa Comet meletup di udara tanpa sebab dan ketiadaan data untuk dianalisa selepas bangkai ditemui menyukarkan proses penyiasatan. Warren merasakan ciptaan beliau, Aircraft Memory Unit dapat membantu siasatan sekiranya kecelakaan seperti ini berulang. Ciptaan Warren tidak menerima sambutan syarikat penerbangan kerana ianya mahal. Ciptaan beliau hanya mula digunakan secara menyeluruh pada 1960 selepas menerima saranan dari badan enkuiri sebuah pesawat terhempas di Queensland. Australia melalui Qantas menjadi syarikat penerbangan pertama yang meletakkan Red Egg (nama baru untuk Aircraft Memory Unit ciptaan Warren) di dalam kesemua pesawat milik mereka.


Sistem Pencatat Data Penerbangan (PDP) yang digunakan sekarang dicipta pada tahun 1963 dan pada asalnya menggunakan pita magnetik yang merekod 30 minit terakhir pesawat secara berulang. Pesawat moden kini dilengkapi sistem penyimpanan data secara digital di dalam cakera solid state.

Jadi mengapa PDP masih lagi perlu dalam betuk fizikal di dalam pesawat sedangkan sistem storan awanan sudah digunakan secara meluas? Jawapannya mudah dan agak sadis. Jika anda membaca artikel ini dari awal perenggan, anda boleh melihat kesemua ciptaan awal sistem merekod data penerbangan ditolak kerana ianya mahal. Jika rekod penerbangan dan audio kokpit distrim secara terus ke storan awanan ia akan melibatkan kos yang tinggi. Syarikat penerbangan tidak sanggup membelanjakan jumlah wang yang besar untuk teknologi baru ini kerana kos operasi sistem ini adalah lebih mahal dari kos membayar pampasan sekiranya pesawat terhempas. Sama ada anda suka atau tidak ini adalah realitinya.

Saranan sistem “kotak hitam” yang digunakan sekarang harus digantikan sudah disuarakan paska serangan 11 September 2001 lagi. Kotak rakaman audio dari American Airlines 77 yang menerobos menara World Trade Centerrosak teruk dan tidak boleh diselamatkan. Sekali lagi saranan penaik tarafan sistem PDP dilakukan pada tahun 2009 selepas berlakunya kecelakaanAir France 447 yang terhempas di tengah laut. PDP pesawat ini hanya berjaya dijumpai selepas hampir dua tahun di dasar laut. KecelakaanAdam Air 574 Indonesia pada tahun 2007 juga menunjukkan kepincangan sistem PDP yang sedia ada kerana hanya ditemui 8 bulan selepas kemalangan berlaku.

Jelas sekali sekiranya sistem storan awanan secara langsung digunakan pada pesawat MH370, sekurang-kurangnya pihak penyelamat kini boleh mengecilkan saiz kawasan pencarian berdasarkan lokasi GPS terakhir. Data yang disimpan juga kini sudah boleh dianalisa sungguhpun pesawat masih belum ditemui. Kerana sistem yang sudah terbukti pincang sejak 2001 ini masih degil digunakan kerana faktor kos, kita kini terpaksa menanti PDR pesawat ini ditemui bagi merungkai misteri kehilangannya.

Soalan : Mengapa kapal selam TUDM tidak digunakan dalam operasi mencari?

Ini soalan yang menimbulkan kemarahan ramai pihak kerana ramai masih sakit belakang dengan tuduhan kapal selamKD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak milik TLDM adalah dua gajah laut putih yang membazirkan duit negara. Di laman sosial dua pemimpin kanan parti pembangkang dengan nada sarkastik bertanya mengapa kapal selam tidak dihantar ke kawasan pencarian. Sistem sonar kapal perang ini tidak boleh digunakan untuk mencari pesawat yang mungkin menjunam ke dasar laut?


Pertama mari kita mulakan dengan sebuah analogi. Katakanlah anda ingin memotong sebuah kertas A4. Anda mempunyai pilihan menggunakan gunting atau sistem pemotong menggunakan laser. Yang mana satukah yang anda akan pilih untuk gunakan untuk memotong kertas? Sekiranya anda praktikal dan waras anda akan memilih gunting. Sekiranya anda suka melakukan sesuatu dengan cara susah dan tidak praktikal anda akan memilih menggunakan sistem pemotong laser.

Analogi ini kami gunakan dalam persoalan mengapa kapal selam TLDM tidak digunakan dalam pencarian MH370. Ketika artikel ini ditulis 44 kapal bantuan dari pelbagai negara luar sudah dikerahkan menjalankan operasi mencari MH370. Ada di antara kapal ini dilengkapi sistem sonar yang ditunda (towed array sonar). Sebagai contoh Singapura menghantar sebuah Corvette kelas Victory dan Frigate kelas Formidable mereka. Kedua-dua kapal perang ini mempunyai fungsi sebagai kapal perang anti kapal selam dan dilengkapi sistem sonar untuk mencari objek di dasar laut. Beberapa lagi kapal bantuan dari Amerika Syarikat dan Vietnam turut dilaporkan mempunyai kemampuan yang serupa. Apakah sonar yang ditunda ini? Sonar yang ditunda ditarik di belakang kapal untuk memeta objek di dasar laut. Sistem ini digunakan dalam penemuan bangkai RMS Titanic oleh Dr Robert Ballard pada tahun 1985. Sistem sonar ditunda ini juga digunakan dalam operasi mencari kapal selam K-141 Kursk yang tenggelam akibat letupan pada tahun 2000.

Jadi apa bezanya dengan sistem yang ada pada kapal selam. Perbezaannya tidak banyak tetapi di sini kita kembali kepada persoalan praktikal. Kapal permukaan (surface ship) boleh bergerak lebih pantas ke dan beroperasi lama pada satu-satu masa berbanding sebuah kapal selam. Kapal selam perang tidak pernah dicipta dengan fungsi kedua untuk bantuan kecemasan. Sebaliknya kapal permukaan dibina dengan fungsi ini terbina. Kerap kita dengar pesawat perang menyelamatkan mangsa kapal karam dan membawa bantuan kemanusiaan ke kawasan dilanda bencana alam. Di akhir hari kapal permukaan seperti Frigate dan Corvette yang memenuhi Teluk Siam dalah gunting manakala kapal selam adalah pemotong laser. Kedua-duanya boleh digunakan untuk mencari MH370 tetapi dalam keadaan sekarang penggunaan kapal permukaan adalah paling praktikal dan sesuai dengan keperluan operasi (operational needs).

Ada bezanya kapal selam yang dihantar Singapura dengan kapal selam Scorpene milik TLDM? Singapura menghantar kapal selam mini DSAR 6 (Deep Search And Rescue 6) di atas kapal MV Swift Rescue . DSAR 6 mempunyai bahagian hadapan berkaca bagi melihat objek di bawah laut. Umum diketahui Scorpene tidak mempunyai tingkap untuk melihat keluar. DSAR 6 bukannya kapal selam untuk berperang dan mempunyai fungsi yang sangat berbeza dari sebuah Scorpene.


DSAR6 tidak digunakan untuk mencari MH370. Ianya hanya akan digunakan jika bangkai pesawat ditemui bawah laut dan pengesahan visual (visual confirmation) diperlukan dari data yang diterima dari bacaan sonar. Setakat ini cebisan pesawat tidak lagi ditemui apakan pula bangkai pesawat di dasar laut. DSAR 6 akan kekal di atas dek kapal MV Swift Rescue sehinggalah ianya diperlukan.

Bagaimana pula dengan penggunaan kapal selam Émeraude oleh kerajaan Perancis dalam pencarian Air France 447 pada tahun 2007? Ini situasi berbeza. Air France 447 dikhuatiri tenggelam di kawasan dengan kedalaman mencecah4700 meter dan kawasan laut dengan ombak bergelora. Bandingkan situasi ini dengan keadaan di Teluk Siam yang mempunyai kedalaman maksimum 80 meter sahaja! Penggunaan kapal permukaan di sini adalah kurang selamat. Semasa proses mencari majoriti operasi mencari dilakukan menggunakan pesawat P3 Orion (pesawat yang sama digunakan untuk mencari MH370) dan Embraer R99. Émeraude hanya digunakan untuk mengesan bunyi sistem pengesan automatik dari PDP Air France 447 kerana sistem pengesan bunyi yang digunakan kapal selam nuklear ini bersesuaian dengan kehendak operasi.

Jadi ingin kami jelaskan tidak timbul isu kenapa Scorpene tidak digunakan untuk operasi mencari MH370 . Tiada keperluan untuk kapal selam TLDM itu dihantar ke Teluk Siam sedangkan aset yang lebih sesuai dan praktikal sudahpun digunakan. Kenapa perlukan pemotong laser sekiranya gunting sudah cukup sempurna bagi menjalankan tugasan.



Kami berhadap artikel pendek ini dapat menjawab persoalan anda dan memberikan pencerahan yang jelas tentang penggunaan teknologi dalam mencari MH370.

"Lena Highway", Lebuh Raya Paling Teruk Di Dunia (10 Gambar)

Lebuhraya M56 Lena atau Lebuhraya Amur-Yakutsk merupakan sebuah lebuhraya persekutuan yang terletak di Republik Sakha (Yakutia), Rusia yang menghubungkan Yakutsk dengan bahagian selatan. Lebuhraya ini mendapat namanya dari sebatang sungai iaitu Sungai Lena yang terletak di bahagian selatan Siberia. 

Lebuhraya sepanjang 1,212 kilometer ini telah dibina secara berperingkat antara tahun 1925 hingga 1964. Walaupun ia merupakan lebuhraya persekutuan, ia hanyalah sebuah jalan raya yang terdiri dari jalan tanah.

Apabila musim sejuk, ia akan menjadi sebuah jalan raya yang baik dan had laju yang diberikan adalah 70 kilometer sejam. Walaubagaimana pun, pada musim panas dengan kadar penurunan hujan yang kerap, jalan raya ini akan bertukar menjadi sebuah jalan lumpur yang mampu menyekat sebarang pergerakan kenderaan dari yang kecil dan yang besar.

#Dengan itu, marilah kita bersyukur sebentar kepada kerajaan kerana menyediakan perkhidmatan jalan raya yang sempurna. #LOL #SARCASM










AL SHARQ : LEBUHRAYA TENGGELAM TIMBUL DI DOHA (12 GAMBAR)

Qatar akan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022. Bagi memastikan tiada masalah kesesakan lalu lintas, kerajaan Qatar akan membina lebuhraya Al Sharq merentasi Teluk Doha. Lebuhraya ini unik kerana ianya tenggelam dan timbul di permukaan laut. Lebuhraya sepanjang 9.7 kilometer ini akan menjadi jalan pintar bagi mereka yang mahu memandu dari bahagian utara ke selatan Doha. Dengan melalui lebuhraya ini mereka dapat mengelakkan kesesakan pusat bandar Doha. Di atas beberapa jambatan lebuhraya ini juga akan dibina taman yang boleh digunakan oleh pemandu kenderaan untyk berehat di tengah-tengah laut. Coolness! Ini mengingatkan kami kepada cadangan membina kawasan rehat dan rawat di atas jambatan Pulau Pinang kedua yang dibatalkan pembinaannya. 




10 FAKTA JAMBATAN PULAU PINANG KEDUA YANG ANDA TIDAK TAHU

KUALA LUMPUR: Jambatan Pulau Pinang Kedua, yang mengambil masa kira-kira enam tahun untuk dibina, bakal dilancarkan pada hari ini.

Jambatan yang dibina dengan kos RM4.5 bilion merentangi sepanjang 24 km dengan 16.9km di atas laut, akan menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dan Batu Maung di Pulau.

Ia dijangka dapat mengurangkan 25 peratus kesesakan trafik di Jambatan Pulau Pinang.

Berikut adalah fakta-fakta menarik yang perlu anda tahu tentang jambatan tersebut.





Luar Biasa! Tujuh Keajaiban di Malaysia (Mesti Baca!)



Menyentuh isu struktur dan seni bina, kita tidak dapat lari daripada membicarakan mengenai tujuh perkara ajaib di dunia. Bagaimanapun, mungkin tidak ramai daripada kita yang sedar, negara kita juga mempunyai tujuh seni bina ‘ajaib’. Sebenarnya artikel ini tidak merujuk mana-mana pengiktirafan, akan tetapi ia adalah antara binaan yang luar biasa terdapat di Malaysia. Selain itu mungkin terlalu jauh untuk kita bandingkan dengan tujuh keajaiban yang terkenal di dunia, tetapi sebagai sebuah negara yang masih muda, Malaysia patut berbangga kerana mempunyai struktur-struktur binaan yang menakjubkan.

Antara tujuh struktur binaan yang boleh dikategorikan sebagai sesuatu yang menakjubkan di negara ini ialah:

1. Menara berkembar Petronas (KLCC)
2. Menara KL
3. Putrajaya
4. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
5. Jambatan Pulau Pinang
6. Bangunan Sultan Abdul Samad
7. Menara condong Teluk Intan


1.Menara berkembar Petronas (KLCC)
Apa: Bangunan berkembar yang menjadi salah satu daripada kebanggaan rakyat Malaysia ini memuatkan pejabat dan juga pusat membeli belah tumpuan ramai.

Kedudukan: Di tengah bandar raya Kuala Lumpur

Fakta: Bangunan ini direka bentuk oleh Ceasar Pelli, hasil ilham dari bentuk geometri Islam. Bangunan ini diperbuat daripada konkrit, besi dan kaca. Bangunan setinggi 452 meter ini merupakan bangunan kembar tertinggi di dunia dengan 88 tingkat bagi setiap bangunan. Bangunan ini disambung di tengahnya oleh sebuah jambatan.

Menakjubkan: Menara berkembar ini dilengkapi dengan 32,000 buah tingkap, 29 buah lif laju dan 10 buah tangga bergerak di setiap bangunan.



2.Putrajaya

Apa: Pusat pentadbiran kerajaan bercirikan bandar dalam taman dan bandar pintar

Kedudukan: Meliputi kawasan seluas 4,581 hektar di Prang Besar, Sepang, Selangor.

Fakta: Mula dibina pada 16 April 1995. Fasa pertama pembinaannya termasuk Pejabat Perdana Menteri siap pada tahun 2000. Pembinaan Putrajaya dijangka siap sepenuhnya dalam jangka masa 15 tahun bermula tahun pembinaanya pada 1996. Kawasan ini dibahagikan kepada dua kawasan utama iaitu kawasan pusat dan kawasan persekitaran. Kedua-dua kawasan ini dipisahkan oleh sebuah tasik besar. Kawasan pusat menempatkan pejabat-pejabat kerajaan yang dibahagikan kepada lima prisin iaitu prisin kerajaan, komersial, sivik dan kebudayaan, pembangunan bercampur dan sukan serta rekreasi. Kawasan persekitaran pula mempunyai 14 kawasan perumahan.

Menakjubkan: Apabila siap sepenuhnya, Putrajaya dijangka akan mempunyai 67,000 buah rumah di sekitarnya dengan populasi 330,000 orang.



3.Menara Kuala Lumpur

Apa: Menara keempat tertinggi dunia dan yang tertinggi di Asia Tenggara

Kedudukan: Bukit Nanas, Kuala Lumpur

Fakta: Menara Kuala Lumpur yang mengambil masa pembinaan empat tahun bermula pada 1992 ini direka bentuk khusus supaya dapat menahan kelajuan dan tekanan angin sehingga 144.5 km sejam. Berat keseluruhan menara konkrit ini ialah 100,000 tan dengan ketinggian 421 meter. Ia dibina menggunakan 45,000 meter padu konkrit kukuh dan 1,300 struktur keluli. Menara ini mempunyai 2,058 anak tangga.

Menakjubkan: Lif di bangunan ini mempunyai kelajuan sehingga 9.6 km/saat dan ia mampu sampai ke menara dalam masa kurang daripada seminit iaitu lebih kurang 54 saat.



4.KLIA
Apa: Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ini adalah antara lapangan terbang terbesar dan termaju di dunia.

Kedudukan: Kira-kira 50 kilometer di selatan Kuala Lumpur dan meliputi kawasan seluas 10,000 hektar.

Fakta: KLIA yang disiapkan dalam jangka masa yang singkat iaitu empat setengah tahun ini melibatkan 25,000 tenaga kerja dengan kos RM13.3 bilion. Lapangan terbang ini mempunyai 46 pintu jejantas aero, dua landasan tercanggih dan 106 stesen kapal terbang berbanding Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang mempunyai hanya 14 jejantas aero dan 44 stesen kapal terbang. Dinding bangunan KLIA bukan diperbuat daripada batu bata seperti sebelum ini, sebaliknya daripada besi geometri yang menampung kaca bagi membolehkan pemandangan dapat dilihat dari luar tanpa sebarang gangguan.

Menakjubkan: Terdapat kira-kira 1,300 kamera televisyen keselamatan di seluruh lapangan terbang ini.



5.Menara Condong Teluk Intan
Apa: Menara jam yang dibina oleh seorang kontraktor, Leong Chonn Chong pada tahun 1885 dengan tujuan asal menyimpan air.

Kedudukan: Di tengah-tengah bandar Teluk Intan, Perak.

Fakta: Bentuknya seperti sebuah pagoda. Dari luar ternampak seolah-olah menara ini adalah bangunan lapan tingkat, tetapi sebenarnya hanya terdapat tiga tingkat sahaja. Di tingkat atas sekali terletak tangki air yang boleh memuatkan 19.26 meter padu air. Ketika dibina pada tahun 1885, ia dikenali sebagai Jam Tinggi kerana memiliki sebuah jam yang masih berperanan sehingga kini. Bagaimanapun, apabila bangunan ini telah condong sedikit ke arah barat laut, ia mula dikenali sebagai Menara Condong. Bangunan ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 4.6 meter. Struktur bangunan ini dibuat daripada batu dan kayu dan setiap tingkat dilengkap dengan lorong jalan kaki. Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 12.9 meter 43 kaki dan menguncup ke atas 8.1 meter.

Menakjubkan: Kerana keunikannya, Menara Condong Teluk Intan ini juga dikenali sebagai Menara Condong kedua di dunia selepas Menara Pissa di Itali.



6.Jambatan Pulau Pinang
Apa: Sebuah jambatan yang menghubungkan tanah besar semenanjung dengan Pulau Pinang. Jambatan ini merupakan salah satu mercu tanda kebanggaan negara dan merupakan salah satu daripada jambatan yang terpanjang di Asia.

Kedudukan: Antara Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Fakta: Hasrat untuk membina jambatan sepanjang 13.5 km ini telah mula diilhamkan sejak tahun 1971 lagi. Setelah beberapa rundingan dilakukan, jambatan yang mula dibina pada 1982 dengan kos RM850 juta ini menjadi kenyataan pada September 1987. Pembinaanya dilakukan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia. Rentang utamanya sepanjang 225 meter dibina menggunakan kaedah cable stayed girder. Lokasi tertingginya dari paras laut ialah 32 meter. Jambatan ini dibina dengan empat lorong dan dilebarkan kepada enam lorong di bahagian rentang utamanya. Jambatan ini mempunyai dua buah persimpangan bertingkat dan sebuah tol plaza.

Menakjubkan: Jambatan ini boleh menampung 100,000 kenderaan sehari.



7.Bangunan Sultan Abdul Samad

Apa: Bangunan utama yang didirikan di Kuala Lumpur yang ketika itu hanya mempunyai rumah-rumah kedai yang kecil. Bangunan ini kini menempatkan Mahkamah Persekutuan Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kedudukan: Jalan Raja, Kuala Lumpur

Fakta: Bangunan ini meliputi dua bangunan berkembar dengan ketinggian 17.1 meter dan meliputi 10,200 meter persegi. Pembinaannya mengambil sempena nama Sultan Selangor keempat iaitu Sultan Abdul Samad yang memerintah ketika itu (1859 – 1898). Bangunan ini dilengkapi dengan menara berkubah tembaga dan mempunyai menara jam setinggi 130 meter.

Menakjubkan: Sebuah kilang telah diwujudkan khusus bagi membekalkan empat juta bata merah dan juga bahan-bahan pembinaan lain seperti kayu, simen, batu kapur, tembaga dan besi untuk membina bangunan ini.

"Prelude", Kapal Terbesar Di Dunia Yang Dibina Oleh Syarikat Samsung (6 Gambar)

Mempunyai badan yang lebih panjang daripada ketinggian bangunan Empire State Building, kapal tangki yang dibina syarikat industri berat Samsung, iaitu "Prelude" telah pun diapungkan daripada dok kering di Geoje, Korea Selatan buat kali pertama. Ia berukuran 488 m (1,601 kaki) panjang dan mempunyai lebar 74 m (243 kaki) .Kapal itu merupakan milik syarikat petroleum terkemuka Shell yang mempunyai kemudahan sebagai fasiliti gas asli cecair terapung (FLNG), yang apabila siap, ia juga akan dijangka menjadi kemudahan fasiliti petroleum terapung terbesar di dunia.


Berikut adalah sedikit maklumat yang diperolehi daripada pihak Gizmag: " Kapal ini dibina bagi tujuan pengeluaran gas asli, pemprosesan ke dalam gas asli cecair (LNG) dan akhirnya pemindahan secara langsung kepada kapal pengangkut, selama ia di laut, "Prelude" akan mempunyai berat lebih daripada 600,000 tan metrik (661,400 tan) apabila dimuatkan sepenuhnya dan dijangka mengeluarkan kira-kira 3.6 juta tan metrik (3.9 juta tan) LNG setiap tahun. Ini bermaksud kapasiti simpanannya adalah lebih 430 juta liter (114 juta gelen), atau bersamaan dengan kira-kira 175 kolam renang saiz Olimpik. "



HOTEL TERAPUNG TERBESAR DUNIA DIBINA DI LUMUT (18 GAMBAR)

Sunborn Yacht Hotel ialah hotel lima bintang terapung terbesar di dunia. Hotel ini kini berlabuh di Gibraltar dan akan dibuka hujung tahun ini. Hotel terapung ii dibina kerana ruangan tanah yang terhad di Gibraltar. Satu-satunya cara untuk membina hotle baru ialah dengan membinya di atas permukaan laut! Apabila siap kelak hotel dalam kapal sepanjang 142 meter ini akan mempunyai 189 bilik. Kos pembinaan hotel di dalam kapal ini ialah GBP 130 Juta (RM 643 Juta)dan pembinaanya dilakukan di limbungan kapal Boustead yang terletak di Lumut Perak. Harga penginapan semalam ialah diantara GBP 200 - 2000 (RM 990 - 9900).