Wednesday, June 4, 2014

Artis baru sering diminta habuan seks

Hanya antara lima hingga 10 peratus artis mengalami gangguan seksual sejak terbabit dalam industri seni membuat laporan kepada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman). Ini bermakna hampir 90 peratus yang lain tidak membuat apa-apa aduan.
Foto Harian Metro 
Kata Neelofa, VIP guna pelbagai helah.

Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi (Rozaidi Abdul Jamil) berkata, pihaknya sentiasa memantau kejadian sebegitu dan tidak menafikan ia masih berlaku. Katanya, kebanyakan kes membabitkan artis wanita yang baru mencuba nasib menjadi pelakon atau penyanyi yang diminta habuan seks oleh segelintir pengarah dan penerbit tidak bertanggungjawab. 

Ada artis sanggup gadai maruah 

"Kebanyakan mereka orang baru dalam industri. Ada di kalangan mereka terdesak mengejar cita-cita menjadi artis hingga sanggup menggadai maruah. Mereka (pengarah dan penerbit tertentu) pula ambil kesempatan dengan menawarkan watak dalam filem atau drama serta peluang merakamkan album, tetapi dengan syarat serahkan tubuh," kata Zed Zaidi. Beliau juga ialah Ketua Biro Seniman Muda. 

Mangsa perlu segera buat laporan polis 

Zed Zaidi meminta agar artis yang menjadi mangsa untuk segera membuat laporan polis, termasuk dengan Seniman, bagi memudahkan persatuan membuat tindakan selanjutnya. Kata Zed Zaidi, Seniman akan memberi bantuan yang difikirkan sesuai, termasuk memberi nasihat berkaitan undang-undang menerusi Penasihat Undang-Undang mereka. 

"Mereka juga diminta hantarkan sekali surat aduan atau bukti, jika ada. Kalau tak boleh hantar surat, e-mel saja ke presidenseniman@gmail.com atau dzed.resources@yahoo.com. Ia hanya untuk rekod dan sekurang-kurangnya ada hitam putih." 

"Saya tahu ada artis malu dan takut untuk buka mulut. Namun, kes begini perlu didedahkan untuk kebaikan semua pihak, khususnya artis itu sendiri. Setiap kes boleh jadi pengajaran untuk orang lain yang mahu mencuba nasib sebagai artis." 

Video lucah 

Beliau berkata, perbuatan itu bukan saja menjejaskan nama baik industri hiburan pada mata masyarakat, malah turut merosakkan masa depan artis terbabit, lebih-lebih lagi jika individu itu memiliki gambar atau video lucah artis terbabit. 

"Dunia hiburan kita bukan besar sangat. Pusing pusing, mereka akan bertemu kembali. Kadangkala jika artis itu bermasalah dengan mereka, diugut pula akan menyebarkan gambar atau video itu." 

Sudah dikenalpasti 

Dalam pada itu, Zed berkata, Seniman mengenal pasti beberapa individu yang dipercayai terbabit dalam kes itu dan kini mengumpul bukti. 

"Kita tahu siapa mereka. Buat masa ini kita mengumpul bukti sebelum tindakan diambil, termasuk melaporkan kepada pihak berkuasa," kata Zed Zaidi. 

Foto Harian Metro 
Cerita Ani Mayuni, pintu diketuk bagai nak roboh.




Foto Harian Metro 
Kata Fiza, penerbit sengaja wujudkan babak atas katil.




Foto Harian Metro 
Hanez pula mengadu, pengarah cuba raba dan cium.



No comments:

Post a Comment