Thursday, June 5, 2014

LUKISAN POSTER 11 PEMAIN BOLA SEPAK SEPANJANG ZAMAN (11 GAMBAR)

Jika anda diminta untuk menyenaraikan best 11 football players of all time ataupun 11 pemain bola sepak kegemaran anda, siapakah yang bakal anda pilih? Ty Palmer, seorang illustrator mempunyai senarai pemain kegemaran beliau sendiri dan ianya digambarkan melalui koleksi lukisan yang menarik ini.


Koleksi poster yang diberi nama 11 Series ini menampilkan 11 pemain kegemaran Ty Palmer yang diberi nombor 1 hingga 11, dari posisi penjaga gol hinggalah striker. Palmer yang meminati sukan bola sepak berhasrat untuk mengabadikan barisan pemain 'genius' di dalam lukisan beliau.

Setiap poster dilukis dengan warna mengikut lambang atau jersi pemain masing-masing dan stadium ikonik bagi setiap pemain digabungkan bersama sebagai latar belakang. Menampilkan pemain-pemain lama seperti Pele, George Best dan Franz Beckenbauer hinggalah yang masih bermain ketika ini seperti Cristiano Ronaldo dan Steven Gerrard. Ini adalah barisan 11 pemain sepanjang zaman kegemaran beliau







Senarai Nilai Mas Kahwin Mengikut Negeri Di Malaysia 2013

Musim musim untuk bakal pengantin mengadakan majlis perkahwinan. Kami di penpatah mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan yang berkahwin. Di sini kami ingin kongsikan senarai mas kahwin mengikut negeri di malaysia. 



Bagi yang masih ragu anatar mas kahwin dan hantar, sila muat turun PDF ini untuk lebih maklumat.

SALINAN LAPORAN ADUAN MENGENAI SEORANG WANITA ISLAM BERKAHWIN DENGAN LELAKI INDIA BUKAN ISLAM DIDEDAHKAN



Petaling Jaya: Majlis perkahwinan yang dijalankan mengikut adat dan budaya agama Hindu tergendala apabila diserbu sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana didakwa membabitkan seorang pengantin wanita yang beragama Islam, di sini, pagi tadi.


Tinjauan wartawan Harian Metro ke lokasi majlis di Jalan SS 1/25 pada jam 10.30 pagi tadi mendapati kira-kira 50 tetamu sudah tiba di majlis berkenaan sebelum empat pegawai penguatkuasa JAIS tiba untuk melakukan siasatan. 




Bagaimanapun, keadaan di lokasi terkawal apabila pihak keluarga kedua-dua pasangan pengantin dan tetamu yang hadir memberikan kerjasama kepada pegawai JAIS di samping kawalan ketat kira-kira 10 pegawai dan anggota polis di luar kawasan majlis tersebut. 


Menurut sumber, perkahwinan antara lelaki beragama Hindu dan pasangannya yang dipercayai beragama Islam dijangka dilangsungkan pada 10.30 pagi dan ia terpaksa dibatalkan selepas pihak berkuasa mendapat aduan bahawa perkahwinan tersebut melanggar undang-undang.



“Pihak berkuasa menerima maklumat daripada orang awam bahawa ia (perkahwinan) akan dilangsungkan pada hari ini dan hasil siasatan mendapati maklumat itu tepat dan serbuan telah dijalankan,” kata sumber. - Harian Metro

Gambar 7 bulan kandungan Scha al Yahya

Tinggal menunggu beberapa minggu lagi, pastinya Awal Ashari orang pertama yang tidak sabar untuk bergelar ayah kepada anak yang dikandungkan oleh Scha al Yahya.

Kalau diikutkan usia kandungan Scha kini sudah mencecah 7 bulan. Mungkin sebelum Hari Raya Aidilfitri, Scha dijadulkan bersalin.





Erin Malek pakai pakaian murah, RM250 je..



Erin Malek yang hadir ketika satu majlis pelancaran filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya? telah memakai pakaian dengan skirt sederhana pendek beserta rantai. Semua set pakaiannya itu berjenama Dorothy Perkins.

Memang agak cantik dan anggun jika melihat Erin Malek. Namun ada cerita yang terselit mengenai pakaiannya itu. 


"Maklumlah saya sibuk dengan penggambaran sehingga tidak sempat nak membeli baju lebih awal.


"Jadi, sebelum majlis bermula, saya kelam kabut mencari gaun yang sesuai dan terdapat dua jenis gaun yang membuatkan saya buntu mahu memilih. Satu harga kira-kira RM700 dan yang ini (gaun biru) hanya RM250.


"Bila fikir balik saya bukannya boleh pakai berulang kali, maka saya pilih gaun yang lebuh murah. Siap dapat percuma rantai lagi," -Erin Malek. petikan mStarBiasalah standard artis kalau baju harga ratus-ratus tu dianggap murah. Keke

TAHUKAH ANDA, BAGAIMANA INMARSAT MENENTUKAN LOKASI SEBENAR #MH370?



KUALA LUMPUR: Kali terakhir pesawat MH370 menghantar Ping atau bahasa mudahnya, komunikasi elektronik (Handshake) kepada satelit adalah pada jam 8.11 pagi. Menandakan pesawat itu masih berada di ruang udara, namun tiada maklumat data mengenai lokasi dan kelajuan kapal terbang tersebut.


Selepas dua minggu tanpa sebarang maklumat yang boleh dipercayai, Inmarsat yang memiliki satelit 3F-1 bekerjasama dengan pakar lain berjaya mengecilkan kawasan carian kepada koridor selatan.


Satelit 3-F1 milik syarikat Inmarsat adalah merupakan satelit tertua yang berkhidmat untuk bagi industri penerbangan. Ia mengelilingi bumi sekali setiap hari dan bergerak ke atas ke bawah ekuator


Sebelum Inmarsat berjaya menentukan lokasi sebenar MH370 berakhir, ia perlu mengambil kira lokasi satelit semasa ia berpusing mengelilingi planet bumi.


Inmarsat bergantung kepada tiga cara jangkaan kelajuan pesawat, lokasi satelit dan kesan ‘doppler’ bagi mengesan Ping


Dengan menggunakan satelit 3-F1, Inmarsat mengesan Ping pesawat untuk mengesan kedudukan yang mungkin dilalui oleh pesawat MH370.


Namun, kaedah itu tidak berjaya. Inmarsat mengambil alternatif menggunakan kesan doppler.


Kesan doppler dapat difahami dengan mengambil contoh bunyi siren ambulans. Bunyi siren bertukar lebih kuat apabila ambulans semakin menghampiri anda. Ini dinamakan kesan Doppler, iaitu penggunaan frekuensi gelombang bunyi.


Menggunakan kekerapan signal Ping ke satelit bersama dengan analisis kelajuan pesawat, maka laluan MH370 dapat dijejaki dengan lebih tepat.


Persoalannya, berapa jauh lagi MH370 terbang selepas Ping terakhirnya pada pukul 8.11 pagi?


Di antara jam 8.11 dan 9.11 pagi, penyiasat percaya MH370 terhempas ke dalam Lautan Hindi dengan anggapan MH370 terbang secara relatifnya pada kelajuan dan haluan yang sama.



Walaupun pencarian MH370 kekal di Selatan Lautan Hindi, namun ia tetap meliputi kawasan yang terlalu luas serta mengambil masa dan tenaga yang ramai. - ASTRO AWANI

SYARIKAT EKSPLORASI DAKWA TEMUI PESAWAT MH370 DI TELUK BENGAL [GAMBAR]



Sebuah syarikat penerokaan berpangkalan di Adelaide percaya mereka telah menemui bangkai pesawat Malaysia Airlines MH370, 5000KM jauh dari jarak pencarian pihak berkuasa.


Syarikat GeoResonance berkata kajian mereka mengenalpasti elemen-elemen di dasar laut yang konsisten dengan bahan dari sebuah kapal terbang.


Setelah enam minggu berlalu semenjak MH370 hilang, operasi pencarian di Lautan Hindi masih menemui jalan buntu.


Menurut Perdana Menteri Australia, Tony Abbot mengatakan penemuan serpihan pesawat di permukaan laut adalah amat tipis.


Tambah beliau lagi, kini usaha ditumpukan ke atas pencarian di dasar lautan.


Namun, GeoResonance percaya kawasan pencarian yang difokuskan oleh pihak berkuasa adalah salah. Syarikat itu juga mengatakan mereka sendiri telah memulakan operasi pencarian pada 10 Mac yang lalu.


"Teknologi yang kita gunakan pada asalnya direka untuk mencari kepala peledak nuklear , kapal selam ... pasukan kami di Ukraine memutuskan kami perlu mencuba dan membantu ," kata David Pope dari GeoResonance .


Syarikat itu telah meninjau 2,000,000 KM persegi zon kemungkinan pesawat terhempas berdasarkan imej yang diperolehi dari satelit dan data pesawat.


Ahli-ahli sains kami menumpukan usaha mereka di utara lokasi terakhir penerbangan yang diketahui , dengan menggunakan lebih 20 teknologi untuk menganalisis data yang termasuk reaktor nuklear.


Mereka seakan tidak percaya apa yang mereka telah temui di Teluk Bengal.


"Pasukan kami sangat teruja apabila mendapat ia adalah adalah bangkai sebuah pesawat komersil," kata Encik Paus.




Pavel Kursa dari GeoResonance memberitahu 7News : "Kami mengenal pasti unsur-unsur kimia dan bahan-bahan yang boleh didapati pada sebuah Boeing 777 ... ini adalah aluminium , titanium , tembaga , aloi keluli dan bahan-bahan lain . "


Imej-imej yang menunjukkan unsur-unsur kimia yang dikesan di kawasan itu syarikat itu percaya ia telah terletak MH370.


Satu laporan awal telah dihantar kepada pihak berkuasa manakala kotak hitam masih mempunyai dua minggu punca kuasa bateri.


Penemuan pasukan itu kemudian disahkan dengan menganalisis imej dari kawasan yang sama pada 5 Mac , tiga hari sebelum pesawat itu hilang.


" Bangkai itu tiada sebelum kehilangan MH370 ," kata Encik Paus.


Laporan penuh telah dihantar pada 15 April.


“Kami cuba untuk tidak mengatakan bahawa ia adalah kepastian pesawat MH370 , bagaimanapun ia adalah satu petunjuk yang kami rasakan perlu disusuli," Encik Paus memberitahu 7News .



7News cuba menghubungi penyelaras syarikat pencarian itu, Angus Houston hari ini tetapi gagal mendapatkan maklum balas. - Sumber: 7News , Terjemahan TengokTVonline

Dakwaan Penduduk Maldives Kukuh, Pesawat Tidak Terhempas

SPEKULASI berhubung MH370 sentiasa wujud sejak hari pertama pesawat MAS itu hilang 8 Mac lalu dan spekulasi atau teori ini akan tetap dibangkitkan di internet selagi pesawat ini tidak berjaya ditemui.


Sehingga kini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih gagal menemui sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370.

Walaupun sebelum ini satelit telah berjaya mencerap beberapa objek di selatan Lautan Hindi dan pesawat menjumpai serpihan di lokasi SAR namun ia disahkan bukan milik MH370.

Terdapat pelbagai spekulasi yang dibangkitkan termasuk yang mengatakan pesawat itu sudah mendarat secara rahsia di China dan ada juga yang mendakwa pesawat mendarat di Pakistan ataupun Hong Kong.

Namun, terdapat satu teori yang dilihat mendapat respons yang tinggi dari masyarakat dunia iaitu teori pesawat mendarat di Diego Garcia, sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Lautan Hindi.

Diego Garcia terletak di selatan Kepulauan Maldives dan merupakan pangkalan tentera AS yang penting dalam kempen serangan AS terutama terhadap Iraq dan Afghanistan.

Spekulasi yang mengaitkan Diego Garcia ini mula dibangkitkan secara serius apabila apabila penduduk di Maldives mendakwa melihat pesawat terbang rendah di selatan kepulauan tersebut.

Ada pihak mendakwa pesawat tersebut merupakan MH370 dan telah mendarat di Diego Garcia kerana kedudukan kedua-dua pulau yang berdekatan.

Jarak antara Diego Garcia dengan Addu City, yang terletak di selatan Kepulauan Maldives (Pulau Addu) adalah 740km.

Difahamkan, teori ini timbul berdasarkan kiraan secara kasar waktu MH370 membuat pusingan balik di sempadan Malaysia – Vietnam dan waktu ketika penduduk Maldives melihat pesawat tersebut.

MH370 berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan pesawat ini terputus hubungan pada 1.21 pagi.

Jika diambil kira penerbangan dari KLIA ke Maldives iaitu sekitar 4 jam, 24 minit dan waktu penduduk Maldives melihat pesawat iaitu 6.15 pagi, jumlah waktu penebangan ini adalah relevan.

Ini kerana, waktu penerbangan ini perlu ditambah 40 minit iaitu tempoh MH370 berpatah balik hingga kedudukan pesawat hilang dari radar.

Teori penduduk Maldives ini tidak boleh ditolak begitu sahaja kerana penduduk di Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan, Perak dan Terengganu juga mendakwa mereka melihat pesawat terbang rendah pada hari malang buat MH370 itu.

Difahamkan, pesawat tersebut adalah MH370 berdasarkan radar tentera yang berjaya mengesan pesawat tersebut membuat pusingan balik menghala ke Selat Melaka.


Selain itu, teori Diego Garcia ini juga dikaitkan menerusi mimpi seorang ustaz yang mendakwa MH370 mendarat di sebuah pangkalan tentera dan penumpang serta kru masih selamat.

Antara teori yang menarik berhubung Diego Garcia adalah spekulasi bahawa tentera AS telah mengawal MH370 sebaik sahaja pesawat itu hilang dari radar.

Spekulasi tersebut mengaitkan dakwaan tentang wujud peralatan ketenteraan yang menjadi rebutan kuasa besar dunia dalam pesawat tersebut.

Alat tersebut dikatakan berkemampuan untuk mengmengawal Drone tanpa pemandu yang pernah digunakan ketika AS berperang di Afghanistan.

Difahamkan, China berusaha untuk membawa pulang sistem ketenteraan ini menerusi laluan pesawat komersil yang dianggap lebih selamat.

Namun, AS berjaya memintas pesawat ini dan membawa MH370 keluar dari radar Malaysia menuju ke Lautan Hindi bagi mengelak di kesan radar mana-mana negara dan kemudiannya dibawa ke Diego Garcia untuk disimpan di sana.

Nasib penumpang tidak diketahui tetapi pesawat MH370 itu dikatakan diterbangkan semula untuk terhempas Lautan Hindi menggunakan sistem kawalan jarak jauh.

Apa yang paling menarik dalam spekulasi ini adalah landasan lapangan terbang Diego Garcia adalh antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya di Shah Alam.

Selain Diego Garcia, antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan lebih 1,500 meter.

Namun, pihak penyiasat sehingga kini masih menafikan dakwaan MH370 mendarat di Diego Garcia dan pasukan penyiasat berpegang kepada maklumat bahawa MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi berdasarkan kepada siasatan syarikat satelit Inmarsat dan Air Accident Investigation Branch (AAIB) di Britain.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam temubual bersama media tempatan memberitahu berhubung persoalan mengenai Diego Garcia, beliau sendiri akan bertanya kepada AS dalam Forum Pertahanan Amerika Syarikat-Asean yang bermula kelmarin.

Spekulasi sentiasa wujud, selagi operasi SAR di selatan Laut Hindi tidak berjaya menjumpai sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370.

Sehingga kini operasi SAR yang diketuai Australia masih gagal menemui petunjuk yang jelas di mana pesawat ini berada dan mereka kini sedang berusaha untuk mengesan perakam kotak hitam milik MH370 sebelum kuasa baterinya habis.

Menteri Pertahanan Australia, David Johnston mengakui, usaha mencari kotak hitam itu hanya mempunyai peluang tipis berikutan serpihan pesawat perlu dikenal pasti terlebih dahulu bagi mengesan lokasi kemalangan pesawat tersebut.

“Kami mempunyai kira-kira seminggu sahaja untuk mengesan kotak hitam pesawat MH370. Malah, ia juga bergantung kepada suhu, kedalaman dan tekanan laut, berapa lama kuasa baterinya boleh bertahan,” katanya.

Tumpuan siasatan kini masih tertumpu kepada empat elemen iaitu melibatkan rampasan, sabotaj, masalah peribadi kru dan penumpang.

Sehingga kini siasatan polis telah selesai dan polis mendapati semua penumpang pesawat MAS yang hilang “bersih” daripada elemen rampas, sabotaj dan masalah psikologi dan peribadi.

Namun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang masih dijalankan.

Menurut sumber yang enggan dikenali, arah tuju pesawat yang menghala ke Lautan Hindi itu sendiri telah jelas menunjukkan pesawat itu dirampas dan bukan akibat masalah pada pesawat ataupun dikawal dari jarak jauh.

“Pesawat itu menuju ke Lautan Hindi iaitu lautan yang amat sunyi dan sudah tentu ia menuju ke suatu tempat yang tidak diketahui.

“Saya percaya ia melibatkan rampasan tetapi yang menjadi persoalan ialah siapa dan mengapa pesawat itu dirampas,” katanya kepada Sinar Harian.

Spekulasi-spekulasi yang timbul tidak wajar ditolak mentah-mentah kerana sehingga kini bukti atau petunjuk yang boleh dikaitkan dengan MH370 masih belum ada.

Apa sahaja yang dibangkitkan di internet masih boleh diterima, sekiranya teori tersebut mempunyai fakta atau hujah sokongan yang relevan.


Kini, kesemua persoalan berhubung ‘di mana MH370′ tertumpu kepada operasi SAR yang diketuai oleh Australia, sama ada jawapan ini terjawab dalam masa terdekat ataupun tidak, ia bergantung kepada ketentuan Tuhan, kita manusia hanya mampu merancang sahaja. -SinarHarian