Saturday, January 4, 2014

Fakta Bapa Jam Tangan G-Shock

Jam Tangan G-Shock

Semasa kami masih bersekolah dahulu jam tangan yang paling legendary ialahCasio G-Shock. Semua orang yang merasakan diri mereka cool beans akan memakai jam tangan tahan lasak ini ke sekolah. Jam tangan ini sangatlah tahan lasak sehingga ada student yang menggunakannya untuk menjadi buku lima bila bergaduh diluar sekolah. Tidak seperti belat buckle besi besar gedabak, G-Shock tidak pernah diharamkan dan ianya menjadi senjata impromptu kegemaran budak pailang. Heh.. Pailang...... I haven't used that word since I was 15.





Tahukah anda jam tangan ini mula dijual pada tahun 1983. Model pertama yang dihasilkan Casio ialah DW-5000 dan semenjak itu lebih 50 000 000 utas jam tangan berjenama G-Shock telah terjual.

No comments:

Post a Comment