Seorang bekas askar telah membuat satu kelainan dari yang lain iaitu dengan menukar jantina dan memeluk Islam.
Lucy Vallender, 28, berkata, dia akhirnya berlaku "jujur kepada dirinya"
selepas menjadi Muslim pertama di Britain yang tergolong dalam golongan
transgender.
Di sebelum ini pernah menjadi tentera Territorial Army dengan nama
lelaki sebagai Laurens telah pun menjadi isteri kedua kepada seorang
Muslim yang warak.
Lucy, yang pernah tinggal di Cirencester, berkahwin dengan lelaki yang
dikenalinya melalui laman web mencari kekasih tanpa memberitahu yang dia
pernah menjadi seorang lelaki.
Sekarang, dia mula bersembahyang lima kali sehari dan memakai purdah penuh dan menghabiskan masa dengan membaca al-Quran.
Walaupun begitu, dia telah diharamkan oleh pihak masjid tempatan
daripada bersolat di ruang wanita dan mendakwa dia hanya boleh bersolat
bersama dengan kaum lelaki mengikut jantina asalnya
Mengikut kisahnya, dia memeluk Islam setahun kemudian selepas menonton programTV mengenai agama.
"Saya pernah memberitahu ibu saya mengenai hasrat untuk menukar jantina. Ibu saya terkejut dan tidak berkata apa-apa"
Dia akhirnya bertemu dengan Murad, yang mempunyai dua anak hasil
perkahwinan dengan isteri pertama pada bulan April dan menjadi isteri
keduanya yang sah.
"Saya suka dia kerana dia seorang yang baik dan bertutur dengan lemah lembut", katanya.
"Mereka mengatakan bahawa saya seorang Muslim transgender yang pertama
di Britain tetapi saya yakin terdapat ramai lagi - mereka hanya takut
untuk mengakuinya," katanya.
Katanya lagi, dia pernah diharamkan dari memasuki Masjid Broad Streets oleh mereka yang tersinggung dengan jantinanya.
Dia berkata: "Cara mereka melayan saya sangat menjijikkan."
"Mereka bertanya kepada saya soalan mengenai saiz coli saya, tanya
mengenai halkum saya, mengenai tempoh haid saya dan meminta untuk
melihat sijil kelahiran".
"Mereka kata saya perlu bersolat dengan lelaki jadi saya keluar dan bersolat di rumah sahaja."
"Saya harap orang ramai akan mengubah sikap mereka dan orang lain
seperti saya akan sedar bahawa mereka bebas untuk menjadi diri mereka
sendiri."
Jurucakap Masjid Swindon berkata: "Semua orang dialu-alukan, selagi mereka berkelakuan menurut Islam."
No comments:
Post a Comment