Friday, February 7, 2014

GAMBAR YANG AKAN MEMBUATKAN ANDA MENANGIS (9 GAMBAR)

#Nangis ka tidak?


Lagi Gambar Sultan Brunei Yang Membuatkan Rakyatnya Terharu (5 Gambar)

Bukan niat untuk memperkecilkan pemimpin di negara sendiri tapi inilah realiti sebenar.


Sultan Brunei walau kita tahu mempunyai jet mewah sendiri, dan merupakan antara Sultan yang terkaya di dunia tetapi hanya menaiki bot cabuk je untuk melawat mangsa banjir. Tiada payung yang memayunginya.

Lain pula halnya dengar pemimpin kita yang melawat mangsa banjir pakai kapal terbang macam manalah nak merasai keperitan rakyat dalam menghadapi suasana banjir.

Orang selalu berkata kalau kita nak lihat ciri pemimpin yang baik kita kenalah lihat pada perwatakan luarannya dahulu kerana ia mencerminkan peribadi diri seseorang itu.





SERIUS - Malaysia Bakal Jadi Negara 4 Musim?

Baru – baru ini kita dikejutkan dengan berita salji turun di Mesir buat pertama kalinya. Jadi, ada kajian mengatakan negara yang beriklim tropika dan panas juga bakal menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Vietnam turut dilitupi salji tebal.Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah. Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak 2 km sehari pada tahun 2013. Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.


Jika keaadan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul ’2012′. Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.

Bagaimana pula dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan india, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.

Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam yang lebih panjang. Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan gunung berapi.

Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ii bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.

Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan bakal terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.

Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir – akhir ini.


Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempah dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.

SERIUS Bencana - Salju Tebal Di Iran Mengingatkan Episod 50 Tahun Dahulu

Minggu lepas ada duk provoke pantai timur akan turun salji. Tapi takde pun salji. Yang ada suhu mmg sejuk tahap kena selimut. Takde la sampai kena pakai baju eskimo bagai..Iran tak pernah menghadapi snowstorm macam ni. Latest pun 50 tahun lepas.