Friday, January 31, 2014

Apabila Surau Dijadikan Tempat Lempias Nafsu Bukan Islam

Tak tahu tu adalah surau @ sengaja masuk nak jadikan port beromen. Dah takde tempat lain nak beromen. Mungkin sebab pasangan ini bukan islam satu malaysia bising. Budak melayu? tepuk dada tanya iman..


Dua pasangan remaja bukan Islam dikesan menjadikan surau di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Damansara, di sini, sebagai tempat memadu kasih sebelum perbuatan mereka terbongkar, petang semalam.

Perbuatan pasangan terbabit yang berasmara di dalam rumah ibadat itu dikesan seorang penduduk yang mahu menunaikan solat Asar dan hairan apabila mendapati pintu surau berkunci dari dalam kira-kira jam 4.30 petang.

Katanya, sebaik menyedari pintu berkenaan berkunci, penduduk terbabit yang memegang kunci pendua surau itu cuba membuka menggunakan kunci itu, namun gagal kerana ia seperti ditahan seseorang dari dalam.
Menurutnya, penduduk terbabit kemudian memaklumkan kepada beberapa jemaah lain yang datang untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku.


“Kumpulan penduduk terbabit kemudian terdengar bunyi seseorang sedang keluar dari surau berkenaan melalui tingkap sebelum melarikan diri.

Bil Hospital Di US VS Malaysia

Gila kentang. Kalau mcm ni bil hospital.. Kerja berpuluh tahun, dapat EPF meloncat-loncat. Terbayang nak naik bmw, merc lepas pencen.. Tup tap kena darah tinggi, kencing manis, kencing malam, kencing tak lawas.. Dah kena tahan wad.. Sekali datang bil.. termenung hujung katil.. Masuk semula hospital.. Silap-silap jemputan khas jibrail menjelma... Terkezut punya pasal...





Friday, January 17, 2014

JAMBATAN DENGAN GONDOL PENGANGKUT KENDERAAN (20 GAMBAR)


Transporter Bridge yang mempunyai gondola bagi mengangkut kenderaan menyeberangi sungai. Jambatan di bawah terletak di Newport Wales dan dibina merentangai Sungai Usk. Ia berketinggian 74 metertinggi dan sepanjang 197 meter. Terdapat sebuah gondola yang terapung yang mampu membawa 6 buah kereta pada satu-satu masa pada kelajuan 3 metersesaat. Newport Transporter Bridge sudah beroperasi sejak 1906 dan kini adalah salah sebuah dari 6 struktur seumpanya yang masih berfungsi di dunia. Bagi menggerakkan gondola 2 buah motor elektrik 35 kuasa kuda digunakan. 


Kenapa jambatan biasa ataupun bot digunakan di Newport bagi memindahkan kenderaan bagi menyeberangi Sungai Usk? Ketika dibina kedua-dua bahagian tebing sungai sudahpun sesak. Kerana perbezaan paras air ketika pasang dan surut, adalah sukar bagi kenderaan untuk turun dan naik dari bot. Bagi membina jambatan pula sebuah jambatan tinggi diperlukan bagi membolehkan kapal tengah tiang layar melintas di bawahnya. Dari segi kos dan rekaan yang paling praktikal, transport bridge ialah yang paling sesuai digunakan. Cool design. 

14 KATIL TERAPUNG UNTUK BILIK TIDUR (14 GAMBAR)


Kerana katil yang ada sekarang terlalu biasa. Ada katil macam ini seronok juga.Ruang di bawah katil boleh digunakan bagi meyimpan barang.



Imej Burung Misteri Dirakam Di Kota Kinabalu, Sabah (4 Gambar)

Gambar ini telah dikongsi oleh seorang pembaca CariGold yang mana menunjukkan gambar seekor burung yang agak pelik di Kinabalu, Sabah. Berikut merupakan kenyataan tuan empunya gambar tersebut. 


"gambar ini diambil dari member, beliau gi bercuti ke kinabalu sabah. ketika gambar ini diambil memang tiada kelihatan burung tersebut sperti didakwa.. tetapi muncul didlm gambar... kalau dilihat dan diperati gambar burung tersebut anda akan nampak bilah2 sayap burung tersebut.. dan ianya keihatan besar dari kebanyakan burung yg pernah kita lihat.."

#kalau dah tahu burung tu pelik kenapa tak gambar 1000 snap? Macam ambil gambar UFO, memang tak sah kalau gamar pixel pecah.






Ada yang mengatakan ini hanyalah layang-layang... Tapi, yang bawah ni pula, gambar yg diambil dari kamera hp yg lain.. perbezaan antara 2 gambar tersebut seminit.. ini bg memberitahu ianya bkn layang2..


Lembaga Aneh Muncul Di Iklan Mudah.my (Gambar)

Adakah sesiapa yang nampak kelibat lembaga aneh tersebut pada gambar di atas ni? LOL!! Kalau nak amek gambar barang pun agak-agak ar before upload. Kan dah terserlah kejantanan tu. Hahaha!

PEKERJAAN KHAS UNTUK ZOMBIES DAN HANTU?


Jangan lupa cari orang untuk diubah jadi copywriter as well! Jadi lain macam iklan pekerjaan ini




Saturday, January 11, 2014

Kasihan Sudah 54 Tahun Tidak Raya Di Kampung


Selepas menyambut bulan ramadhan, sudah pasti kitatidak sabar-sabar untuk pulang beraya di kampung bersama ibu bapa serta sanak saudara yang lain. Namun hari raya bagi seorang ibu tua ini mungkin sudah tidak bermakna lagi apabila dikatakan sudah 54 tahun tidak beraya di kampung. Kisah ini seperti biasa kita dengar, namun kali ini lain pula versinya. Namun ibu ini hakikatnya mempunyai anak-anak, namun entah mengapa tidak mengajak beraya bersama. Ikuti kisah di bawah ini.

“Siapa tak teringin nak tinggal dan beraya dengan anak? Biarpun keadaan mak cik macam ini, hati mak cik masih kuat nak balik ke kampung,” rintih bekas pesakit kusta, Halus Samad, 72, yang ditempatkan di Kompleks Kediaman Dormitori, Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN), di sini.

Tahun ini, sudah 54 tahun warga emas itu tidak beraya di kampung halamannya di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Meskipun penyakit itu tidak lagi berbahaya, tanggapan negatif masyarakat, termasuk enam anaknya, menyebabkan hajat ibu tua ini untuk beraya di kampung halaman untuk kali pertama sejak 1951 belum kesampaian.

Halus menjadi penghuni Pusat Kawalan Kusta, Pulau Jerejak, Pulau Pinang ketika berusia 11 tahun pada 1958 sebelum dipindahkan ke PKKN ketika umurnya 18 tahun.

“Sejak berumur 11 tahun, mak cik dimasukkan ke pusat ini. Dulu di Pulau Jerejak dan selepas Lembah Harapan dibuka, kami dipindahkan ke sini kerana pusat kusta di sana ditutup.

“Di sini, akhirnya mak cik berjumpa jodoh dengan pesakit lelaki pada 1960-an. Kami berkahwin dan dikurniakan enam anak. Alhamdulillah, walaupun mak cik dan arwah suami dijangkiti penyakit kusta, anak tidak mewarisinya.
“Mak cik dan suami terus tinggal di sini hinggalah dia meninggal dunia, beberapa tahun lalu. Sejak itu, mak cik keseorangan tanpa tempat bergantung,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.

Halus berkata, kini selepas anaknya membesar dan memiliki keluarga sendiri, mereka seperti mengabaikan dan membiarkannya di pusat itu.
“Anak tak sanggup jaga mak cik, sebab itu mak cik duduk sini. Mereka tidak mampu, biarlah mak cik di sini. Sekurang-kurangnya, ramai boleh jaga makan pakai mak cik.

“Bagaimanapun, sekali sekala mereka (anak) datang melawat. Walaupun tak lama dan tidak selalu, cukup untuk mak cik melepaskan rindu kepada anak dan cucu,” katanya.

Difahamkan, Halus mempunyai empat anak lelaki dan dua perempuan berusia lingkungan 30-an hingga 50 tahun. Bagaimanapun, lima daripada anaknya menetap di Pulau Pinang dan hanya seorang di Lembah Klang.

Menurut Halus, dia teringin pulang ke kampung halamannya dan menyambut Aidilfitri bersama anak dan saudara-mara, namun disebabkan anggota badannya cacat, ia menjadi beban kepada anak.

Rindu warga emas ini terhadap anaknya boleh difahami kerana setiap kali dia melahirkan zuriat, bayinya dihantar ke kampung untuk dijaga saudara-mara berikutan polisi PKKN ketika itu.

Ini untuk mengelakkan bayi dijangkiti kusta berikutan tiada penawar bagi penyakit itu pada zaman dulu.

“Sudah bertahun-tahun mak cik tidak balik ke kampung. Mak cik teringin dan rindu beraya dengan anak. Sebelum ini, di sinilah tempat mak cik beraya dan menyambut puasa.

“Begitupun, mak cik serahkan semuanya kepada anak. Kalau mereka datang jemput, mak cik ikutkan saja. Kalau tidak, mak cik beraya di sini dengan kawan.

“Mak cik tahu menjadi beban kepada anak. Lagipun, hidup bergantung kepada kerusi roda seperti sekarang membataskan pergerakan mak cik. Kalau tinggal dengan mereka, mesti susah untuk mereka uruskan mak cik,” katanya.

Halus berkata, kedua-dua tangannya dipotong 20 tahun lalu disebabkan bakteria kusta di dalam badannya merebak hingga ke anggota berkenaan.

“Kata doktor, mak cik lambat dapat rawatan. Sebab itu bakteria dalam badan melarat. Nak tak nak, kedua-dua tangan kena potong.

“Tak lama lepas itu, kaki pula jadi lemah dan mak cik tak boleh berjalan. Dulu masa sihat, mak cik boleh pergi ke mana saja walaupun anak tidak datang ambil.

“Sekarang hidup mak cik bergantung sepenuhnya pada ihsan kakitangan PKKN. Bagaimanapun, mak cik bersyukur walaupun kesihatan semakin hari semakin merosot, pekerja di sini tidak pernah abaikan mak cik. Setidak-tidaknya mak cik mempunyai mereka yang sanggup menjaga,” katanya.

Halus berkata, mungkin kerana anaknya tidak berkemampuan, tiada kerjaya bagus serta masing-masing ada masalah sendiri, dia rela berada di pusat itu.

“Mak cik tidak mahu susahkan mereka, lebih-lebih lagi masing-masing tidak berduit. Cukup sekadar datang menziarahi mak cik di sini jika ada masa terluang.

“Hati ibu mana yang tidak sedih bila berada dalam keadaan seperti ini. Mahu atau tak, mak cik perlu jaga diri sendiri dan doakan kebahagiaan anak.

“Aidilfitri ini, jika mereka ingat, mereka pasti menjemput saya pulang dan beraya dengan mereka. Jika tidak, biarlah mak cik di sini. Lagipun, mak cik sudah biasa beraya di sini,” katanya.

5 Kanak-Kanak Yang Luar Biasa

Menjadi insan yang genius dan luar biasa adalah kurniaan daripada Allah SWT kepada hambaNya. Ada juga insan yang tidak pernah belajar secara bersungguh-sungguh pun dapat mengecapi nikmat sebagai pelajar genius. Walaupun hakikatnya, terdapat ramai orang berusaha bagai nak ‘mati’ tetapi keputusannya kurang memuaskan. Kali ini Melayukini.net akan memaparkan kanak-kanak yang mempunyai kelebihan luar biasa untuk part 1. Jom lihat gambar kanak-kanak luar biasa dunia di bawah ini :



1. Kim Ung-Yong : Manusia Dengan IQ Tertinggi di Dunia
Lahir pada tahun 1962, kanak-kanak dari Korea ini diiktiraf sebagai manusia genius di seluruh dunia. Bayangkan pada umur 4 tahun, dia sudah boleh membaca huruf Jepun, Korea, Jerman dan Inggeris. Pada umur 5 tahun dia mampu menyelesaikan masalah pada soalan kalkulus. Dia mencatatkan dirinya pada Guinness Book of World Records dengan “Highest IQ” 210.





2. Gregory Smith : Mendapat Penghargaan Nobel Pada Usia 12 tahun
Lahir pada tahun 1990, Gregory Smith mencatatkan namanya pada nobel perdamaian. berkat usahanya dalam mendirikan International Youth Advocates, Komuniti Orang muda seluruh dunia. Dia pernah bertemu secara langsung dengan Presiden Bush, dan juga Michael Gorbacev.





3. Akrit Jaswal : Doktor Bedah berusia 7 tahun
Dengan gelaran “budak terpandai di dunia” telah melekat pada Akrit Jaswal, seorang kanak-kanak dari India. Dia mengejutkan orang ramai, ketika pada umur 7 tahun kerana melakukan pembedahan pada seorang gadis di tempatnya. Gadis itu menderita luka akibat terbakar di tangannya, hingga tangannya tidak dapat dibuka, dan jaswal pun melakukan pembedahan hingga jari-jemari gadis itu boleh terbuka seperti sedia kala. Ketika ini, dia tercatat sebagai doktor paling muda di dunia, dia diterima masuk di Universiti pada usia 11 tahun.





4. Cleopatra Stratan : Penyanyi Berusia 3 Tahun dengan Gaji 1000€ per lagu
Lahir Pada 6 Oktober 2002 di Chisinau. Dia adalah pencatat sejarah di Industri muzik sebagai seorang penyanyi,dengan albumnya tahun 2006 La vârsta de trei ani (“pada usia 3″). Dia mencatat rekod seorang artis cilik yang muncul diatas pentas dengan ribuan peminatnya. Dia juga menerima penghargaan MTV Award dalam Artis termuda yang mencetak #1 Hit.





5. Aelita Andre : Pelukis berusia 2 tahun
Kanak-kanak kelahiran Australia ini, baru berumur dua tahun namun sudah menunjukkan bakat sebagai genius, dia memiliki sebuah gudang pertunjukkan untuk karya-karya abstraknya. Pada mulanya Mark Jamieson, pengarah dari Brunswick Street Gallery di Melbourne’s Fitzroy, tertarik melihat sebuah foto lukisan dari Aelita Andre. dan dia menginginkan Aelite Andre bergabung dalam kumpulannya kerana bakat lukisannya itu. Ketika undangan telah dibuat, dia baru saja menyedari bahwa Aelita adalah kanak-kanak yang masih berumur 22 bulan. Namun dia tetap melanjutkan pertunjukannya itu.

Rambut Mohawak Paling Tinggi Di Dunia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada lagi satu rekod dunia yang menarik yang telah di tonjolkan oleh seorang pereka rambut dari Jepun bernama Kazuhiro Watanabe, beliau telah dinobatkan sebagai individu yang mempunyai rambut mohawak paling tinggi di dunia. Lihat gambar di bawah..







Rambut Kazuhiro Watanabe ini mempunyai ketinggian 3 Kaki 8.6 Inchi.. Dan dengan ini Kazuhiro Watanabe telah tersenarai di dalam Buku Rekod Dunia Guinness 2013 sebagai rambut mohawak tertinggi di dunia.

4 Gelongsor Air Paling Hebat Di Dunia

Sempena musim cuti sekolah ni pasti ada yang sedang merancang untuk bercuti bersama keluarga. Bagi sesiapa yang menyukai aktiviti di taman tema air, di sini ada beberapa tempat di dunia yang mempunyai gelongor air yang paling hebat di dunia. Inilah 4 gelongsor air paling hebat di dunia


1. The Leap of Faith Waterslide


Ia merupakan gelongsor paling hebat . Gelongsor ini terletak di Aquaventure Water Park, Atlantis The Palm yang berada di Dubai. Gelongsor yang paling curam ini dimiliki shark lagoon di akhir tunnel transparannya. Selain itu, kawasan Aquaventure berkeluasan sekitar 17 hektar dari Atlantis The Palm dan terdapat pantai yang indah seluas 700 meter.


2. World Waterpark




Gelongsor yang kedua adalah gelongsor yang berada di dalam pusat beli-belah. Dengan keluas lebih dari 12 hektar, World Waterpark adalah ‘waterpark indoor’ terbesar di dunia. Waterpark ini dibuka untuk publik pada tahun 1986 dan berlokasi di West Edmonton Mall di Alberta, Canada. Had maksimum World Waterpark adalah 40.000 pengunjung. Gelongsor tertinggi di taman tema air ini adalah Twiter dan Cyclone dengan tinggi 25 meter.


3. Jumeirah Sceirah



Ianya merupakan gelongsor ketiga. Taman tema air ini masuk dalam 10 terbesar tarikan di Dubai. Tarikan utama dari waterpark ini adalah Jumeirah Sceirah. Dengan tinggi 33 meter dan kecepatan 80 km/jam, Jumeirah Sceirah merupakan gelongsor ‘free-fall water’ tercepat dan tertinggi selain United States.


4. Disney’s Blizzard Beach Water Park





Gelongsor keempat berada di United States. Gelongsor dengan ‘free-fall speed’ terlaju dan tertinggi yang terletak di Disney’s Blizzard Beach Water Park di Walt Disney World. Gelongsor dengan ketinggian sekitar 36 meter, Anda dapat melihat pemandangan sangat menakjubkan di Disney. Sangat hebat kan?

10 air terjun tercantik di dunia

Gambar Air Terjun - 10 Paling Cantik Di Dunia

Air Terjun Niagara terletak di sempadan Canada dan USA. Walaupun bukan dalam kategori tertinggi atau terlebar, namun ia dianggap air terjun tercantik terdapat di mukabumi. Menjadi tarikan pelancong paling popular, Air Terjun Niagara juga dikenali sebagai "Honeymoon Capital of the World".





Dengan ketinggian 979 meter, Air Terjun Angel di Venezuela merupakan air terjun paling tinggi di dunia. Memandangkan tiada perhubungan jalanraya, ia hanya dapat dilawati dengan menggunakan bot atau ekspedisi berjalan-kaki.



Salah satu air terjun paling hebat dan indah, Iguazu Falls terletak di antara sempadan Brazil dan Argentina. Ia terdiri dari 275 buah air terjun yang terpisah antara satu sama lain sepanjang 2.5 batu dengan ketinggian 269 kaki.




Menjadi tarikan utama pelancong ke benua Afrika, Air Terjun Victoria adalah antara paling cantik di dunia. Airnya yang menderu turun membasahi hutan hijau berserta kehadiran hidupan liar menimbulkan satu pemandangan yang mengasyikkan.



Air terjun terbesar di benua Eropah dan tercantik di Iceland, Gullfoss Falls menjadi bualan dalam cerita dan misteri masyarakat tempatan. Ia juga punca pembentukan 'Golden Circle', tempat di mana terdapat kumpulan geiser (pancutan air panas) dan kolam air panas yang menjadi tumpuan pelancong.



Sesuai dengan namanya, Upside Down Falls yang terletak di Gunung Konahuanu, pulau Oahu, Hawaiisangat unik. Ini kerana apabila menerima hujan yang mencukupi, air terjunnya hanya sempat turun beberapa meter sahaja. Angin kencang di kawasan gunung akan meniup air yang turun ke bawah menjadi titisan kecil berterbangan ke atas.



Berkemungkinan paling kerap dikunjungi, malah tercantik di Asia, Nachi Falls merupakan sebahagian dari 48 rangkaian air terjun yang mengalir deras dari Gunung Nachi, Jepun. Dengan ketinggian 400 kaki, ia juga menjadi air terjun tertinggi di negara matahari terbit tersebut.



Kerap dipaparkan dalam poskad sebagai tarikan destinasi pelancongan benua Eropah, keindahanGiessbach Waterfalls di Switzerland kekal popular hingga ke hari ini. Pemandangan bertambah indah bila ia dikelilingi oleh tasik berair jernih bak kristal dan gunung ganang yang diliputi salji.



Lower Falls berada di tepi sungai Yellowstone dalam kawasan terkenal Grand Canyon, USA. Dengan dikelilingi oleh batu-batu gunung berapi dan kawasan pergunungan, ia menawarkan pemandangan yang cukup indah.



Aspat River Falls terletak di kawasan iklim sejuk daerah Kodar, Russia. Pengunjung yang datang ke sini akan terpukau dengan keindahan rupabentuk air terjunnya. Kerana memiliki permukaan cerun yang curam, Stalin pernah mendirikan kem tahanan di sekitar kawasan tersebut