Monday, December 29, 2014

Pemuda Raih RM100,000 Sebulan Jual Roti Canai



Restoran Canai Mamak Kuala Lumpur, Banda Aceh cukup dikenali warga tempatan.

Banda Aceh: Bermodalkan RM30 dan ilmu membuat roti canai daripada seorang lelaki Bangladesh ketika bekerja restoran di Damansara Damai, Petaling Jaya, seorang pemuda Aceh kini tersenyum lebar apabila mampu memperoleh pendapatan sekitar RM100,000 sebulan.

Menariknya, kata Tommi Ramli, 37, antara tuah melariskan jualan adalah dia menamakan premisnya Restoran Canai Mamak Kuala Lumpur sehingga melonjakkan populariti dan mampu membuka dua cawangan berbanding ketika memulakan perniagaan gerai kecil tepi jalan.

Ketika ditemui di restoran utamanya di No 51, Jalan Teuku Umar, di sini, pemuda yang masih bujang itu berkata, dia memberanikan diri membuka perniagaan sendiri pada awal 2005 iaitu selepas tsunami membadai Aceh pada Disember 2004.

“Ketika tsunami pada 26 Disember 2004, ratusan ribu nyawa hilang manakala kawasan pantai sepanjang 800 kilometer berdepan Lautan Hindi lenyap.

“Namun kemusnahan itu memberi rahmat kepada kami untuk menjalani hidup tanpa rasa takut dan saya mendapat ilham memulakan perniagaan roti canai.

“Saya mulakan perniagaan pada Mac 2005 dengan modal RM30 dan menebar roti di tepi jalan yang menimbulkan suasana ganjil kepada masyarakat sini. Tiga kali saya menukar nama gerai bermula Canai Aceh, Canai Mamak dan akhir sekali Canai Mamak Kuala Lumpur pada 2006 sehingga kini saya kekalkan. Syukur, ramai singgah makan kerana perasaan ingin tahu roti canai Kuala Lumpur, sekali gus menjadikan ia popular,” katanya.

Tommi berkata, ketika ini dia mempunyai 60 pekerja di dua cawangan yang masing-masing boleh memuatkan sehingga 1,000 pelanggan pada satu masa.

Lepasan Sekolah Teknik Aceh dalam jurusan seni bina bangunan itu juga menerapkan sentuhan tersendiri dalam hiasan dalaman serta luaran restorannya yang turut dilengkapi kemudahan Wifi.

“Mengenai ilmu membuat roti canai, saya belajar dengan seorang pekerja Bangladesh ketika bekerja di sebuah restoran di Damansara Damai. Saya belajar menebar roti pula guna kain basah.

“Pengalaman bekerja di Malaysia antara 2000 hingga 2005 saya gunakan sepenuhnya untuk membangunkan restoran sendiri, termasuk idea pengurusan.

“Saya berhasrat mengembangkan perniagaan Restoran Canai Mamak Kuala Lumpur secara francais sehingga ke seluruh Indonesia,” katanya.

Dia berkata, sebelum ini sukar mencari rezeki disebabkan Aceh sebuah wilayah konflik menyebabkan kegiatan ekonomi setempat sangat lemah.

Menurutnya, dia tidak pernah terbayang Aceh akan menjadi sangat makmur seperti sekarang dan baginya, tsunami turut memberi hikmah kepada cara pemikiran masyarakat untuk memajukan diri dan wilayah bertuah itu.

Harian Metro turut berkesempatan menemu bual seorang lagi peniaga yang kisahnya hampir serupa dengan Tommi iaitu Rahmat Rizal, 31, yang juga pemilik Warung Kopi G and J.

Rahmat berpengalaman berniaga makanan di Jalan Haji Taib, Kuala Lumpur selama lima tahun sebelum pulang ke Banda Aceh untuk mempopularkan teh tarik dan kopi sepedek (gelas kenit).

“Warung kopi di Aceh kini tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Bagi saya, pemandangan warung dipenuhi pelanggan sehingga lewat pagi adalah petanda rezeki mencurah turun ke bumi Aceh,” katanya.


Sebelum tsunami, Tommi dan Rahmat antara ribuan penduduk Aceh yang terpaksa merantau untuk mencari rezeki di luar wilayah itu berikutan ketegangan di bumi Serambi Makkah membabitkan konflik hampir tiga dekad antara pihak Gerakan Aceh Merdeka (GAM) dan pemerintah Jakarta. – sumber

Kisah Malam Pertama Sepasang Suami Isteri



Kisah Malam Pertama Sepasang Suami Isteri | Di malam yang hening , merupakan malam pertama bagi sepasang suami isteri ini, malam penentuan pertarungan hak dan batil…malam yang dinanti2kan oleh sepasang mempelai yang baru hangat diraikan dalam majlis kenduri tengahari tadi.

Alam bagaikan mengerti , hujan rintik-rintik dan sejuk yang nyaman di perkampungan seperti ingin membasahkan kehangatan suami isteri malam ini.

Satu yang mengesankan ialah inilah kali pertama mereka bersua muka , menatap wajah pasangan dengan lebih dekat, menyentuh kulit mulus isteri yang dicintai dan inilah debaran malam pertama bagi mereka.

Sebelum ini , mereka tidak pernah sedekat ini , jika adapun bertemu di hadapan keluargamasing-masing , jika ada pun bertemu bersama kawan-kawan…tidak pernah mereka berjalan beriringan…tidak pernah mereka menjangka bahawa satu perkenalan , satu masa yang singkat terus membawa kepada jinjang pelamin…Alam pernikahan yang begitu asing bagi mereka.

Malam semakin larut….Si suami membasahkan tubuhnya…menyucikan diri , aneh?..bisik isterinya..di malam2 begini yang dingin mengapa perlu membasahkan tubuh?..lebih aneh selepas itu suaminya masuk ke bilik belakang yang kosong…agak lama…sehingga memaksa isterinya mengintip di celahan pintu bilik itu…Alangkah terkejutnya , suaminya seakin mati..kaku dengan gerakan sujud..dan terdengar esakan kecil…umpama merintih.

Dia tahu!, apa yang dilakukan oleh suaminya..dan dia akur…itulah Cinta suaminya yang sejati…dia tidak perlu cemburu dengan cinta itu…ataupun dia pernah berfikir walaupun segunung cintanya pada suaminya…tidak akan sama dengan cinta suaminya di bilik kosong itu..

Dia menunggu….berteleku di atas taburan bunga mawar diatas katil empuk itu.

Si suami keluar dan memandang tepat ke arah isterinya…isterinya menunduk malu..

Isteri : Mengapa awak pilih saya?

Suami : Kerana awak berniqab (memakai purdah)

Isteri : Ramai kan yang berniqab

Suami : Kerana Awak ada Agama

Isteri : Ramai kan yang ada Agama

Suami : Kerana Awak adalah Jodoh ketentuan dari Allah S.W.T

isteri kehabisan soalan…dia tahu jawapan itu tidak ada persoalan lagi.

Suami : Saya jumpa awak yang saya nampak hanya 2 biji mata, saya tak tahu wajah awak dan selepas itu saya terus tidak melihat wajah awak…tetapi saya melihat di rumah awak ..dihadapan ibu bapa awak ..ketika mereka menyaksikan hasrat saya untuk memiliki awak…dan ketika awak membuka niqab…saya tidak perlu tahu selanjutnya wajah awak kerana itu bukan tujuan utama saya memiliki awak.

Isteri : Saya tidak Cantik….

Suami : Baiklah beristerikan perempuan yang berkulit hitam , berbibir tebal…tetapi mempunyai Agama dalam dirinya adalah nikmat yang paling cantik , daripada memiliki isteri yang berkulit mulus , tetapi tiada agama dalam dirinya..tetapi jika cantik dan ada agama itu adalah anugerah Allah kepada saya.Tetapi adakah perempuan sedar ..mereka yang menampakkan kecantikan yang haram mereka dedahkan tetapi akhirnya mereka adalah bahan bakar di neraka kelak…Wana’uzubillah..

Isteri : Saya juga ingin cantik…

Suami : Sayang..kecantikan awak takkan kekal…awak akan dimakan usia..tetapi mahukah awak kekal cantik selamanya?

Isteri: Itu yang saya mahukan…

Suami : Mahukah awak menjadi secantik bidadari…malah lebih dari itu?

Isteri: Perempuan di dunia ini sehabisnya menyolek diri mereka umpama bidadari tetapi adakah mereka berjaya?

Suami : Ada Caranya…malah tidak perlu berhabis ribuan ringgit!

Isteri: Yakah..?, tunjukkan caranya!

Suami : Rasulullah pernah berkata “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Isteri : Saya Kurang faham… dimana alat-alat mekapnya?

Suami : Rasulullah pernah berkata ” Dari Anas bin Malik ra bahwa Rasulullah bersabda :

“Jika perempuan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.” (HR. Al-Bazaar).

Isteri : Bagaimana cantiknya saya di dalam syurga nanti?

Suami : Tolong ambilkan Al-Quran atas meja tu dan Tafsir Ibnu Kathir yang kawan awak hadiahkan tu …Awak ada wudukkah?

Isteri : Ada…nanti sekejap..

Suami : Lihat Surah Al-Waqiah , “Sesungguhnya kami akan ciptakan mereka secara langsung “. (ayat 35 ) , Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa wanita baik mereka itu tua atau tidak mereka akan dibangkitkan dengan ciptaan yang baru . Dalam keadan mereka itu muda dan perawan . Ini dikuatkan lagi dengan ayat yang berikutnya ” dan kami jadikan mereka itu gadis perawan ” (ayat 36)

Subhanallah

Wajah Sebenar Pemilik Suara Mesej Dalam Telefon (Gambar)



Allison Smith memiliki bakat suara professional yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Suaranya dikhusukan untuk rakaman yang dijadikan suara auto operator bagi syarikat-syarikat besar seluruh dunia.

Memetik dari laman theivrvoice.com, di bawah adalah antara servis yang dilakukan oleh Allison:

Telephone voice messages,
IVR voice prompts,
Asterisk voice prompts,
Voice over services and narration,
Professional voice recording.

Jika anda menggunakan perkhidmatan talian telefon, (lebih-lebih berhubung servis dari syarikat antarabangsa) atau menerima ‘voice message’ pasti akan mendengar suara Allison Smith jika anda memilih pilihan Bahasa Inggeris.

“Hello, The Person You Have Called is Unavailable” -Pernahkah anda mendengar suara ini?

Antara beberapa syarikat yang menggunakan khidmat Allison:


Lelaki-lelaki Jahat Yang Mengintai Anak Gadis Kita



“Lelaki-lelaki jahat yang mengintai anak gadis kita”


Beberapa hari lepas saya didatangi seorang ibu bersama anak gadisnya yang berumur 15 tahun, anak bongsu beliau.

Daripada riak mukanya saya tahu ini bukan kes biasa-biasa tentang haid yang tidak teratur.
Namun saya sengaja bertanya, datang sebab haid tak teratur ke?

Gambar Sekadar Hiasan

Wanita itu mungkin dalam lingkungan awal 50an. Bertudung hitam labuh. Malah anaknya juga datang dengan seragam sekolah agama dan tudung labuh hitam.

Dia kelihatan serba salah dan tidak tahu untuk memulakan kata.

Entahlah doktor, entahlah doktor, saya tak tahu nak kata apa, katanya berulang-ulang kali. Wajahnya seperti mahu menangis, dadanya kelihatan sesak dan dia sangat gelisah.
Lalu saya menerjah-mengandung ke anak Puan?

Selepas itu kata-katanya keluar bagai empangan pecah-tak dapat dibendung lagi.
Bermacam-macam cerita keluar dari tingkatan satu ke tingkatan 2 dan kini di tingkatan 3.
Berbagai juga kata-kata pedih ditujukan pada anaknya yang kini menundukkan kepala saja.
Bodoh. Tak faham bahasa. Kurang IQ.

Rupa-rupanya anaknya ditangkap tidak hadir ke sekolah, tetapi telah keluar bersama lelaki. Anaknya jua telah mengaku kepada guru bahawa beliau telah berzina.

Namun dia percaya anaknya tidak melakukan apa-apa. Tak sampai peringkat zina.

‘Dia tak tahu doktor. Dia tak faham. Mungkin sekadar sentuh-sentuh dia fikir sudah melakukan. Dia ni bukannya pandai.

Saya rasa dia tak buat doktor. Dia tak tahu..”

Saya minta wanita itu keluar dan saya bersemuka dengan anaknya.

Ternyata anak yang ‘tidak pandai’ ini telah melakukan zina sejak di Tingkatan 1-tanpa disedari ibubapa. Dengan ramai lelaki.

Berbagai bangsa.

Berbagai umur.

Dia tidak kelihatan seperti anak nakal dan liar. Dia kelihatan baik dan ya, mungkin sedikit naif-atau bodoh seperti kata ibunya.

Namun di sinilah lelaki-lelaki jahat mula memasukkan jarumnya.

Saya tanyakan bagaimana permulaannya. Saya tanyakan apakah beliau menonton video lucah.
Lalu dia menceritakan kepada saya awal mula penglibatannya menjadi seorang ‘pelacur’.

Tinggal di kawasan Kampung Pandan yang terdiri dari majoriti Melayu, lelaki jahat pertama yang membawanya mengenali dunia seks dalam keadaan akal dan jiwanya belum bersedia dan belum disediakan adalah seorang lelaki Indonesia. Bermula dengan mengajak menonton video lucah.

Pastinya didahulukan dengan kata-kata manis dan pujian. Hingga akhirnya mahu melakukannya dan sehingga merasa ketagihan.

Kemudian disambut oleh lelaki-lelaki jahat yang lain sambung menyambung sehingga yang terakhir ini.

Ada yang mengambil kesempatan merakam dirinya dan kemudian mengugut untuk menyebarkan videonya. Sehingga anak baik yang tidak tahu apa-apa ini terpaksa mencuri sejumlah wang ibubapanya untuk diberikan kepada lelaki tersebut.

Lelaki terakhir ini, sebelum perbuatannya diketahui adalah seorang lelaki berumur 30 tahun yang sudahpun ada 2 isteri.

Kata anak malang ini, –walaupun saya sudah tidak suka melakukannya, tetapi lelaki itu selalu merayunya sehingga dia merasa kasihan, lalu menurut kemahuan lelaki tersebut—–dapat saya bayangkan bagaimana lelaki jahat ini menggunakan kelebihan akalnya memanipulasi anak ini untuk memuaskan nafsu binatangnya.

Setelah saya kisahkan pada ibunya, longlai tubuhnya dan tersepuk dia di kerusi. Tidak disangkanya langsung anak bongsu manjanya telah jauh melangkah dalam keadaan dia sentiasa dalam ‘denial’- pura-pura tidak nampak atau tidak mahu percaya.

Pecah lagi empangan rasanya buat kali kedua. Menceritakan bagaimana sibuknya dia dan semua terletak atas bahunya. Anak yang ramai, ada yang punya masalah jiwa sedang dalam rawatan, anak dan menantu yang silih berganti bersalin dan beliau yang menjaga.

Tentang malunya sedangkan dia adalah ketua wanita di dalam sebuah NGO Islam. Suaminya pengerusi surau. Bagaimana dia merasakan tuntutan dakwah untuk menyampaikan kepada masyarakat.

Dalam kesibukannya, dia tidak sedar anaknya sedang mengalami perubahan hormon. Dada anaknya sudah memutik dan ada rasa yang tidak difahami dalam dirinya. Namun, dia tidak perasan itu semua. Baginya anak bongsunya ini masih ‘baby’.

Namun ada mata-mata liar yang perasan. Yang boleh menghidu naluri semulajadi remaja ini. Yang akalnya sudah masak dan matang.

Kita melihat anak kita sebagai baby, namun ada mata lelaki jahat yang melihatnya seperti kucing melihat hidangan menggiurkan di depan mata……yang melihat sampai ke dalam-dalamnya….baginya ini ada daging baru yang enak…

Lalu lelaki jahat ini akan memulakan jarumnya. Kenal-kenal dulu. Puji-puji. Minta nombor handphone. Memasang ayat-ayat….

Dan anak yang hidup dalam keluarga besar yang sentiasa sibuk ini, serta sudah dianggap tidak pandai ini, yang barangkali tidak pernah menerima pujian dari kedua ibubapanya, sangat mudah termakan pujuk rayu…dan selebihnya adalah sejarah…

Anak ini tidak jahat. Dia tidak liar. Dia lahir dari keluarga baik-baik , keluarga pendakwah.
Namun kerana adanya lelaki-lelaki jahat yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak ini, dia menjadi mangsa.

Beberapa ingatan yang melintas di kepala sebagai peringatan buat ibubapa.

1. bila anak meningkat remaja – perhati-perhatikan dia. Dia ada keperluan/needs. Jadilah temannya. Bersembang dengannya.

2. Jangan mengutuk anak sendiri. Berilah pujian. Terutama bapa dan abang. Puaskan dia dengan pujian dari lelaki dari keluarganya, supaya dia tak layu lentok dengan pujian lelaki jahat. Ingat wahai bapa, kalau berat sangat mulut dan memuji, tangan berat sangat nak membelai, ada orang lain yang akan mengisi kekosongan itu nanti

3. Keterlaluan dalam kesibukan – walaupun untuk tujuan dakwah. Wahai ibu, tempatmu di rumah. Perhatikan dulu anak daramu sebelum kamu ingin berdakwah.

4. Pendidikan – berikan sedikit pendidikan seksual bila tiba masanya. Biarkan dia mendengar dari mulut kita bukan dari mulut gatal lelaki jahat. Terkadang kerana ‘soleh’nya kita, nak menyebut seks pun kita tak tersebut. Bahkan dalam program reproduksi pun ada yang tak senang bila diajar tentang alat reproduktif kepada kanak-kanak – tak sesuai katanya.

5. Anak-anak perlu diberi pendidikan dan tanggungjawab. Jangan jadikan dia ‘pets’. Yang kita manjakan dan belai-belai selalu tanpa kita beri didikan. Jangan sesekali menyangka anak kita tak akan melakukannya…….ia akan memberikan kita rasa selamat yang palsu.

6. Bila anak kita telah jadi anak dara, seolah-olah ada bauan atau haruman yang tersebar keluar dari rumah kita – lalu menarik banyak ‘bugs’. Fahamkan dia tentang nilai dirinya. Banyak anak gadis hari ini, termasuk anak gadis kita juga, kadang tergedik-gedik dihadapan kamera. Fahamilah wahai ibu, wanita itu seluruhnya adalah aurat. Sangat menarik perhatian. Sangat menggoda. Beritahulah pada anak kita. Tanamkan sifat malu pada dirinya.

Perbetulkan pakaiannya.
Jagalah dia.

Sedikit nukilan dan ibrah untuk dikongsi bersama.

Yang ada anak lelaki tolonglah ajarkan supaya menghormati perempuan, belas dan kasih padanya dan sentiasa melindunginya.

Ya Allah lindungilah anak-anak gadis kami!
—-
Dr Ariza Mohamed
Pakar O&G Hospital Pakar Ampang Puteri
AJK Wanita Ikram WP


Dipetik dari perkongsian Facebook: Muhammad Ooi

Gambar-gambar Kediaman Individu Ke-35 Terkaya Di Malaysia

Foto di bawah adalah dipetik dari laman homesoftherich dimana dipaparkan gambar kediaman milik individu terkaya di Malaysia.


Ling Chiong Ho ialah ahli pernigaan dan pemilik syarikat pembalakan di bawah naungan Shin Yang Sdn Bhd, yang beroperasi di Miri Sarawak.

Untuk info, beliau adalah individu ke-35 terkaya di Malaysia dengan memiliki aset kekayaan bernilai USD 425juta.






Majikan Tak Berhati Perut, Paksa Pekerja Abaikan Keluarga Dilanda Banjir



Satu salinan gambar WhatsApp di antara seorang majikan dan pekerjanya tersebar di laman sosial gara-gara tindakan majikannya yang dilabel tidak berhati perut.


Screenshot aplikasi Whatsapp yang dikongsikan dari sebuah blog menunjukkan, individu terbabit kecewa dengan tindakan majikannya, memuat naik gambar berkenaan di laman sosial.

Berdasarkan gambar tersebut, individu malang itu pada mulanya memaklumkan kepada majikannya yang dirinya tidak dapat kembali ke Kuala Lumpur kerana rumah ibu bapanya di kampung dilanda banjir. Namun, alasannya itu tidak diterima oleh majikannya. Malah, dia juga turut diarahkan balik ke Kuala Lumpur kerana banyak kerja yang tertangguh di tempat kerja.

Individu itu cuba merayu dan memohon situasi keluarganya yang terpaksa menghadapi bencana banjir.

Bagaimanapun, majikannya tetap berkeras dan mahu dia kembali ke Kuala Lumpur. Majikannya turut mengugut akan memecatnya jika dia tidak datang kerja pada keesokkan hari.


Alangkah kejam jika mempunyai majikan seperti ini. Tidakkah dia faham bahawa keluarga pekerjanya perlu diutamakan berbanding kerja-kerja yang tertangguh?

Thursday, December 18, 2014

10 Fakta Tentang Pemain Kacak No 7 Thailand Charyl Chappuis


Korang tengok tak perlawanan final pertama Malaysia menentang Thailand semalam? Walaupun skuad kendalian Dollah Salleh tumpas 2-0, namun apa yang lebih mencuri perhatian penonton ialah pemain no 7 Thailand, Charyl Chappuis. Lebih-lebih lagi para gadis yang menonton perlawanan semalam, melting terus!

Sesungguhnya kami memang memahami naluri dan kehendak pengunjung setia OHBULAN! ini terutamanya para gadis. Nah kami sediakan 10 fakta menarik tentang Charyl Chappuis! Tak payah susah-susah google.

Penjaring Gol Pertama Thailand Menentang Malaysia

Chappuis meletakkan Thailand 1-0 mendahului Malaysia menerusi jaringan sepakan penalti. Disebabkan Chappuis ini handsome jadi ia sedikit sebanyak mengurangkan kemarahan penyokong wanita harimau malaya.


Berdarah Kacukan Mat Salleh

Baru berumur 22 tahun dan dilahirkan Di Kloten, Switzerland. Ayah Chappuis berasal dari Switzerland manakala ibu Chappuis dari Thailand. Patutlah muka ada iras mat salleh kan?


Pahit Untuk Ditelan,  Adakah Chappuis Gay?

Berdasarkan foto di bawah boleh dilihat Chappuis mencium pipi seorang jejaka lain. Adakah dia seorang gay? Tidak! Itu adik dia. Haha


Maaf Hati Saya Sudah Dimiliki – Chappuis

Buat gadis-gadis di luar sana, lupakan hasrat korang untuk memikat hati Chappuis sebab dia dah ada girlfriend! Orang putih lagi tau!


Kecil-Kecil Lagi Dah Power

Percaya atau tidak, Chappuis pernah mewakili pasukan Switzerland semasa remaja dan memenangi Piala Dunia Fifa bawah 17 tahun. Memang power dia ini.


230 Ribu Followers Instagram

Pemain Thailand ini mempunyai 230 ribu followers Instagram setakat ini. Pemain Malaysia ada ke macam ini? Berapa orang followers Mat Yo?


Fanclub Facebook

Terdapat banyak fanclub di Facebook yang menggunakan nama Chappuis. Rupanya memang ramai peminat mamat ini. Gadis-gadis Malaysia je yang baru perasan.


Muka Iras Cristiano Ronaldo!

Kalau korang perhatikan betul-betul muka Chappuis ini memang ada iras Ronaldo. Kalau muka dia cengkung sikit memang sebijik lah.


Miliki Banyak Kejuaraan Bersama Kelab

Menjuarai Thai Premier League, Thai FA Cup, Thai League Cup, dan Kor Royal Cup bersama dengan Buriram United di Thailand. Ingatkan muka je handsome, main bola pun power!


Impian Bermain Dengan Barcelona

Menerusi artikel yang dipetik daripada ESPN, Chappui mendedahkan keinginannya untuk kembali bermain di Eropah satu hari nanti.

"Saya mempunyai impian untuk bermain bersama dengan pasukan favourite saya, Barcelona tetapi saya tahu ianya mustahil."


Suri Rumah Terkejut Terima Bil Telefon Tertunggak RM580,723



Seremban: Biarpun baru lima bulan melanggan perkhidmatan telefon mudah alih dari sebuah syarikat telekomunikasi, seorang suri rumah di sini menerima bil tertunggak mencecah lebih setengah juta ringit.

Suri rumah dari Taman Permai itu terkejut besar setelah menerima satu bil telefon bimbit tertungguk yang berjumlah sehingga lebih setengah juta awal bulan ini walaupun dia baru beberapa bulan menggunakannya.

Menurut Yoke Thye, dia membeli kad sim daripada kedai telekomunikasi di Jalan Kong Sang, di sini, Julai lalu dengan bayaran permulaan RM50 sebulan.

Saya beli kad sim ini untuk anak lelaki saya bagi memudahkannya menggunakan Internet. Had penggunaan RM150 sebulan.

Tapi pada pertengahan Ogos lalu, saya terkejut menerima bil pertama sebanyak RM5,016 sedangkan selama ini pun saya guna telefon mudah alih syarikat lain hanya RM80 sebulan,” katanya memetik laporan dari Sinar Harian.

Yoke Thye telah pergi ke pusat sehenti syarikat komuniasi tersebut untuk mendapatkan penjelasan tentang perkara itu. Menurut pekerja syarikat telekomunikasi di situ, kemungkinan ada perisian tertentu yang tidak ditutup selepas digunakan oleh anaknya sambil mengakui dia pun terkejut dengan jumlah bil itu.

"Kad sim ini saya guna pada tablet pintar anak saya hanya untuk internet untuk dia belajar bahasa Inggeris.

“Bila dia ke sekolah, tablet ini disimpan di rumah. Jadi, macam mana bil boleh tinggi begini? Lagipun, had penggunaan saya RM150 dan jika lebih, biasanya mereka akan hantar mesej atau menyekat penggunaan sehingga bil dijelaskan,” katanya. lagi

Kerana bimbang menerima bil seperti itu sekali lagi, Yoke Thye meminta taliannya ditamatkan namun dia diminta menjelaskan keseluruhan bil terlebih dahulu.

Yoke Thye bagaimana pun menyerahkan kad sim tersebut kerana tidak mahu menjelaskan bil itu. Tetapi dia sekali lagi menerima bil kedua sebanyak RM  RM2,608.87.

Lebih enam kali saya ke syarikat itu membuat aduan dan memberitahu kad sim sudah dipulangkan, tapi saya tetap diminta jelaskan bayaran.

"Awal Oktober lalu, ibu pejabat syarikat telekomunikasi di Shah Alam ada menghubungi meminta saya membuat bayaran menyebabkan saya selalu menangis dan tidak dapat tidur malam,” katanya.

Pada 1 Disember, Yoke Thye menerima notis kedua yang menyatakan bil tertunggak kini sudah mencecah RM580,723.

Kerana buntu Yoke Thye meminta bantuan Pejabat Adun Bukit Kepayang, Cha Kee Chin yang mengatakan jumlah bil telefon itu langsung tidak munasabah.

"Jumlah ini jelas tidak masuk akal. Boleh beli sebuah rumah mewah. Saya syak, ini satu kesilapan dan tidak sepatutnya berlaku.

Saya simpati dengan nasib yang ditanggungnya dan akan menghantar surat kepada pihak berkenaan untuk perkara ini disiasat,” katanya lagi.